in

Lepas Botakkan Kepala, Nonny Nadirah Muat Naik Video Berkemban Pula?

Nonny Berkemban

Kalau sebelum ini hangat diperkatakan mengenai video penyanyi dan pelakon, Nonny Nadirah yang dilihat membuka pakaian dan membotakkan kepala di laman Instagram.

Terbaru, Nonny sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik video menari sambil berkemban.

Menerusi video yang dikongsikan, Nonny atau nama penuhnya, Nonny Nadirah Zainuddin, 34 dilihat membelakangi kamera dan dipercayai tidak memakai sebarang pakaian selain bertuala.

Nonny 3

Artikel berkaitan: “Dia dah dewasa” – Isu Nonny Nadirah Botakkan Kepala, Mila Jirin Yakin Sahabat Boleh Beza Baik Buruk

Artikel berkaitan: “Kami bukan GRAB” – Kongsi Kononnya Mangsa Banjir Terlalu ‘Demanding’ Suami Nora Danish Dikecam?

Video berkenaan tidak mempunyai sebarang butiran selain emoji air dan lagu Get Low nyanyian Dillion Francis dan DJ Snake melatari video tersebut.

Nonny juga dilihat telah menutup ruang komen dan video tersebut setakat ini telah mendapat lebih 4,000 likes ketika artikel ini ditulis.

Terdahulu, Nonny yang pernah membintangi drama Budak Intern ini mendakwa wajahnya berubah senget sebelah akibat terkena gangguan sihir sejak tiga tahun lalu.

Dia juga mengakui menyepikan diri sepanjang tempoh itu, gangguan tersebut dapat dipulihkan dengan mengamalkan bacaan ayat Al-Quran.

Apa-apapun kita doa yang baik-baik sahajalah buat Nonny. 

Sumber: Instagram, Kosmo