Masih ingat lagi kisah tragis yang menimpa vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami dekat Tanjung Lesung dua tahun lepas?
Hari ini muncul pula kisah mengenainya yang katanya sudah mempunyai kekasih dan sedang hangat bercinta.
Menurut Astro Gempak, Ifan kini bercinta dengan bekas teman sekolahnya bernama Citra Monica. Apa yang lebih menarik, Citra Monica ini juga dulu wanita yang pernah ‘ditangkap basah’ dengan Ifan dalam sebuah apartment oleh suaminya, tahun lalu. Opsss!
Pun begitu, pada masa itu Ifan dan Citra menafikan mereka mempunyai sebarang hubungan cinta. Citra juga menolak dakwaan yang dia curang terhadap suaminya pada masa itu.
Namun kini, Ifan tidak berselindung lagi dan hubungannya dengan Citra kini katanya lebih serius selepas kejadian ‘tangkap basah’ tersebut. Oh macam tu…
Kalau boleh saya katakan, kami menjadi lebih rapat selepas tragedi ‘penangkapan’ tersebut,” katanya saat disoal media Indonesia.
Selepas ‘ditangkap basah’, Ifan sedar rumah tangga Citra bermasalah
Menurut Ifan, sebagai kawan, dia tahu yang Citra merupakan isteri orang. Tapi selepas dirinya dan wanita tersebut ‘ditangkap’ bersama, dia berpendapat bahawa rumah tangga Citra memang bermasalah sehinggalah wanita tersebut bercerai.
“Kami memang bersahabat sejak sekolah menengah dan setahu saya rumah tangga dia baik baik saja. Sehingga tiba tiba kami ditangkap, saya sedar ada yang tak kena dengan rumah tangganya,” katanya.
Kini apabila kedua-duanya sudah ‘single’, Ifan mengakui yang Citra lah yang menjadi penyembuh luka selepas kehilangan isterinya dua tahun lepas.
Hampir dua tahun saya tidak punya siapa siapa untuk berkongsi cerita. Ya, Citra Monica membantu menyembuhkan luka saya. Pastinya ini untuk serius (hubungan),” katanya.
Semoga berbahagia. Dua-dua pun dah single kan sekarang…