in

“Lemas berendam air mata” – Ini Antara Karya Bob Lokman Yang Akan Diingati Sepanjang Zaman

Bob Lokman Meninggal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, kita dikejutkan dengan pemergian seniman ternama Mohd Hakim bin Lokman atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Bob Lokman.


Beliau merupakan antara sosok terpenting dalam industri muzik tanah air, Allahyarham Bob Lokman banyak terlibat dalam muzik-muzik era 90-an, lagu-lagunya menjadi siulan ramai sehingga ke harini.

Selain itu, allahyarham juga banyak berkecimpung dalam bidang lakonan dan pernah membintangi beberapa filem serta drama TV.

Penulis lirik yang berbakat 

Banyak karyanya yang signifikan dalam industri muzik terutamanya dalam genre rock era 90-an dan antaranya termasuklah;

#1 Intanku Kesepian & Taman Rashidah Utama – Wings

Kedua-dua lagu ini menjadi antara kegemaran peminat industri muzik terutamanya lagu Taman Rashidah Utama yang masih menjadi siulan keramat ramai rakyat Malaysia.

#2 Isabella – Search

Lagu ini menjadi salah satu lagu yang ikonik dalam industri rock tanah air, ia juga pernah menggondol Anugerah Juara Lagu pada tahun 1989.

#3 Segalanya Ku Terima – Ilusi 

Allahyarham juga pernah menulis lirik untuk kumpulan Ilusi, lagu ini boleh dikatakan lagu wajib ketika karaoke. Betul tak?

#4 Kerana Cinta – Exist 

Lagu ini terkandung dalam album sulung kumpulan kegilaan ramai era 90-an serta awal 2000 iaitu Exist.

#5 Memburu Rindu & Rendang Tak Berbuah – Hattan 

Siapa yang kenal dengan penyanyi Hattan, pasti tahu akan dua lagu ini. Ia menjadi antara lagu yang menaikkan nama penyanyi tersebut.

Filem dan TV

Selain mencurahkan idea dan nukilan dalam bidang muzik, Allahyarham Bob Lokman juga ada berlakon dalam beberapa filem antaranya Jin Notti, Zoo serta Sekali Lagi, selain itu beliau juga ada berlakon dalam drama TV Tentang Bulan The Series.

Poster Filem Sekali Lagi

Tidak cukup dengan itu, beliau juga pernah menjadi pengacara bagi rancangan berkonsepkan kuiz iaitu Teksi Tunai.

Semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman, Al-Fatihah. 

Baca: “Dia memang tinggal kat situ” –  Taman Rashidah Utama : Lagu Dibuat Oleh Bob Lokman Untuk Aida Aris

Bob3

Sumber: Wikipedia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.