in

“Dia memang tinggal kat situ” – Taman Rashidah Utama : Lagu Dibuat Oleh Bob Lokman Untuk Aida Aris

Bob3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini khabar berita mengenai penulis lirik dan pelakon poluar Bob Lokman menjadi tumpuan rakyat Malaysia berikutan dengan masalah degupan jantungnya.


Namun begitu, Harian Metro sebelum ini telah melaporkan bahawa Bob Lokman kini telahpun selamat menjalani pembedahan membetulkan degupan jantung iaitu ‘Cardiac Resynchronization Therapy & Defibrillator (CRTD) di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan kini sedang berada di kediamannya di Kubang Kerian, Kelantan.

Berbicara tentang Bob Lokman ini ia membuat min teringat dengan laporan daripada NST dua tahun lepas.

Bagi yang tak tahu, Bob Lokman ini telah mencipta banyak lagu-lagu rock tempatan popular sekitar tahun 80 an dulu salah satunya Taman Rashidah Utama yang sampai sekarang menjadi pilihan utama masa Karaoke.

 

Taman Rashidah Utama

131406161 10221889811146031 8683139574026067802 N

Salah satunya adalah lagu Taman Rashidah Utama, lagu menjadi pasti siulan dan akan menjadi pilihan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur biarpun usia lagu ini telah mencecah lebih 30 tahun.

Bagi golongan muda yang tak tahu, lagu Taman Rashidah Utama yang dialunkan kumpulan Wings, ini merupakan hasil nurkilan Bob Lokman dan ia sebenarnya berkisar tentang kisahnya sendiri.

Untuk pengetahuan Taman Rashidah Utama ini memang wujud, ia merupakan satu kawasan perumahan yang terletak yang terletak di Senawang kira-kira 10 km dari Seremban.

 

Kisah disebalik lagu

Lirik punyalah jiwang takkanlah pasal perumahan kot? Mesti korang yang tak tahu dan ingatkan lagu ni untuk wanita yang nama dia Rashidah kan? Salah!

Sebenarnya, ketika Bob Lokman berusia lewat 20 an, dia terjumpa dengan gadis berusia 14 tahun ni sebab gadis ini pernah singgah ke stuudio bersama rakan-rakannya untuk bertemu kumpulan Wings.

Dan ya! Gadis itu tinggal dekat Taman Rashidah Utama, Senawang ni. Pada waktu itu Bob sanggup travel.

ke Seremban setiap hari untuk perhatikan gadis itu dari jauh, tengah tunggu bas ke sekolah setiap pagi.

Kata Bob pada waktu itu dia memang rajin dari KL ke Seremban sebab Wings memang selalu berlatih unntuk studio muzik mereka disitu.

Saya sanggup tunggu dia habis sekolah. Saya rancang nak jumpa mak ayah dia untuk masuk meminang”

Tapi sayangnya crush Bob tu tak ada sebarang perasan kepadanya. So, korang dah faham sikitkan kenapa lagu ini macam ada elemen-elemn heartbroken sikit kan?

 

Pinangan ditolak!

Walaubagaimanapun, Bob Lokman tak berputus asa, dia tetap meneruskan rancangannya untuk meminang gadis tersebut. Tapi…

“Pinangan saya ditolak. Luluh hati saya”. Kata Bob sambil tergelak bila teringat peristiwa tu.

Namun begitu, walaupun pinangan ditolak, Bob masih lagu ulang alik ke Seremban dan melalui kawasan perumahan Taman Rashidah Utama tu untuk perhatikan crush dia.

“Lama kelamaan saya pun berputus asa, dan dari situlah terciptanya lagu Taman Rashidah Utama.”

 

Bersemuka semula sebagai kawan

Bob

Lepas Bob dah move on dan masing-masing dah bawa haluan sendiri, Bob dengan bekas crush dia masih lagi berkawan baik dan wanita itu pun dah mencipta nama dalam dunia lakonan.

Aida Aris lah wanita yang dimaksudkan itu,

“Kami ada jumpa sekali sekala ketika saya masih aktif dalam industri hiburan, kami tergelak bila teringat balik waktu tu. Aida ada suggest untuk jadikan kisah kami sebagai, tapi idea kami ditolak”

Bob Lokman yang kini  mempunyai 8 orang cahaya mata menjelaskan bahawa lagu Taman Rashidah Utama ini  bukan sekadar lagu mengenai hati yang hancur. Ia adalah peringatan berterusan bahawa jika semua yang kita lakukan datang dengan tulus dari hati, ia akan membawa kita ke suatu tempat yang tidak pernah kita harapkan.

 

Baca : “Pencipta lagu tak dapat royalti” -Dakwa Dana Royalti Disalahguna, SPRM Serbu 4 Pejabat Pengurusan Royalti Artis

Artis

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.