in

“Lemah lembut tebar roti” – [VIDEO] Lama Tak Berlakon, Viral Video Buntat Kerja Buat Roti Canai di Jitra

Roti Canai Buntat Jitra Kedah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang masih ingat lagi tak dengan watak ‘Buntat’ yang dilakonkan oleh Muhammad Ariff Abdullah, 17, dalam drama bersiri paling meletop satu ketika dulu, 7 Hari Mencintaiku?



Mesti ramai di antara kita tertanya-tanya, di mana agaknya Buntat pergi ye selepas drama bersiri tersebut…

 

Buntat dirakam tebar roti canai 

Namun perkongsian video di TikTok @buddin77 telah menjawab persoalan ramai, apabila dia telah merakam video pelakon remaja tersebut dilihat sedang menebar roti canai di kedai ayahnya dekat Jitra, Kedah.

@buddin77

HAHAHA

♬ nhạc nền – TrungBau1992 – TrungBau1992

Dalam video tersebut, Buntat kelihatan tenang sambil tersenyum ketika sedang menyiapkan satu order roti canai di kedainya. Alaa comel je Buntat ni. 

 

“Selalu pi makan roti canai dekat kedai buntat” 

Menjengah ke ruang komen, ramai di kalangan netizen meluahkan rasa rindu mereka ingin melihat Buntat kembali beraksi di layar TV.

Ada juga yang mengatakan mereka gemar pergi ke kedai roti canai milik bapa Buntat tu. Sempat lagi netizen ni usik pasal ‘Kenit lapar’ kat komen eh… 

Roti Canai Buntat

Menurut laporan Harian Metro tidak lama dulu, Buntat kini memperlahankan aktiviti lakonannya dan tidak mengambil sebarang tawaran gara-gara pandemik COVID 19 dan ingin fokus dalam peperiksaan SPM.

Meskipun masih ada keinginan untuk berlakon, Buntat atau nama sebenarnya Ariff ini lebih memilih untuk membantu bapanya menjual roti canai di medan selera dekat Jitra, Kedah.

Selain berlakon dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku, Ariff yang juga menghidap penyakit disleksia ini terkenal dengan filem Jibam yang ditayangkan pada 2017.

Semoga Buntat sukses dalam pelajaran dan jadi anak yang membanggakan ibu bapa. 

Baca: “Muka acah alim!” – Ramai Bengang Dengan Watak Nurul Dalam 7 Hari Mencintaiku 2, Tapi Siapa Nurul ‘In Real Life’?

Wafariena

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.