Aplikasi sosial memang seronok dan bermanfaat untuk digunakan kerana dapat mengenali dan menambah ramai kenalan. Walau bagaimanapun, ada sesetengah golongan yang menyalahgunakan aplikasi ini untuk perkara yang tidak bermoral. Ish ish!
Terbaru, Berita Harian telah mengumpan beberapa lelaki dengan menghantar mesej mengajak bertemu melalui aplikasi sosial yang berasaskan seks di lokasi pusat membeli belah di Ampang. Seorang lelaki dikatakan telah terkena umpan dan bersetuju untuk berjumpa di lokasi yang telah ditetapkan itu.
Lelaki itu yang berada hanya 300 meter daripada lokasi berkumpul, terkejut apabila mendapati wartawan Berita Harian dan pekerja sosial NGO turut berada di lokasi yang dijanjikan. Dia yang hanya ingin dikenali sebagai Deey, bersetuju untuk ditemubual dengan beberapa syarat.
Deey yang berusia akhir 20-an memberitahu kini sedang berkhidmat sebagai pegawai profesional di sebuah syarikat multinasional dan mula bejinak dengan aplikasi tersebut sejak tahun lalu selepas disyorkan oleh kenalan.
Selain itu, dia akui pada mulanya menggunakan aplikasi tersebut untuk mencari rakan baru yang serasi dengan peribadinya. Namun, lama kelamaan mula terjebak jauh sehinggakan ketagih dalam hubungan intim dengan kaum sejenis.
Deey turut akui dia dan rakan-rakannya tidak tahu kesan daripada melakukan hubungan ini kerana hanya terikut-ikut kenalan lain yang menggunakan aplikasi yang sama. Bukan itu sahaja, menerusi aplikasi ini mereka dapat menyembunyikan kegiatan mereka daripada pengetahuan keluarga dan rakan sepejabat.
Ramai sebenarnya rakan kami (yang sama cita rasa) terjebak, tidak tahu kesannya melakukan hubungan ini pada mulanya kerana lebih terikut-ikut, tambahan lagi dengan aplikasi ini kami dapat buat dengan diam-diam tanpa pengetahuan keluarga dan teman pejabat.”
Selain itu, dia memberitahu tidak tahu bahawa kondom itu hanya berkesan untuk menghalang penyakit HIV dan bukan jangkitan kelamin lain. Deey mendedahkan selalu mendengar rakannya yang meninggal dunia pada usia muda dikatakan kerana penyakit kanser. Namun, dia tahu punca sebenar mereka mati ialah kerana menghidap penyakit seksual.
Pengarah Eksekutif Majlis Aids Malaysia (MAC), Parimelazhagan Ellan berkata, golongan hubungan sejenis ini telah beralih daripada menawarkan perkhidmatan di jalanan kepada aplikasi sosial bagi menyembunyikan kegiatan tidak bermoral mereka daripada dikesan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, sukarelawan terlatih MAC menggunakan aplikasi tersebut dan menyamar sebagai individu daripada golongan transgender, pekerja seks dan individu sejenis (MSM) bagi menawarkan khidmat nasihat percuma kepada mereka.
Bahaya sekarang ni. Maksiat ada di mana-mana.
Baca: Suami Disangka Alim Rupa-rupanya Gay, Lapar Hubungan Kelamin Sejenis