in

Lelaki Tak Sedar Anu Terpotong, Panik Bila Hospital Tolak Permintaan Untuk Sambungkan Balik

My Post 87

Kalau korang baca tajuk ni, korang confirm hairan macam mana lelaki ni boleh tak sedar yang zakar dia terpotong kan?

Kalau korang nak tahu, lelaki berusia 44 tahun dari Hunan, China yang hanya dikenali sebagai Tan ni keluar untuk minum arak bersama kawan-kawannya di bandar Huaihua pada satu malam.

Nak dijadikan cerita, disebabkan dia terlalu mabuk, Tan tak sedarkan diri dan hanya bangun pada pukul 5 pagi keesokan harinya sebab dia rasa sakit yang menyucuk.

Tan terkejut beruk bila dia tengok darah mengalir dekat bahagian celah kangkang dia sebelum menemui zakar dia dah terputus dan hanya bergantung pada lapisan kulit yang nipis. Uish, gila betul!

Banana1A

Menurut WORLD OF BUZZ, oleh kerana zakar dia tu hampir nak putus dan kerosakan organ itu sangat parah, beberapa hospital telah mereject permintaan Tan untuk menyambung semula ‘kelakiannya’ itu.

Nasib baik, Hospital Xiangya yang terletak 400km dari rumahnya bersetuju untuk menjalankan prosedur menyambung semula zakarnya.

1931116 Xxl
Sumber: setn

Pembedahan yang mengambil masa 7 jam ini berjaya bila pakar-pakar bedah dapat menjahit semula zakar Tan dan membaiki uretra, perjalanan darah dan tisu pada bahagian tersebut.

Doktor memberikan harapan bahawa Tan perlahan-lahan akan kembali pulih seperti biasa dan zakarnya juga akan kembali berfungsi.

Setakat ini Tan masih tak boleh nak berikan apa-apa komen tentang siapa yang cuba untuk memotong zakarnya kerana dia masih dalam keadaan terkejut.

Haih, entah apa lah yang dia buat masa tengah mabuk sampai orang marah sangat dekat dia tu agaknya.

 

Baca: Doktor Temui Lebih 500 Kes ‘DIY Besarkan Anu Gone Wrong’ Sebab Terpengaruh Dengan ‘Porn’

Screenshot 2019 05 24 At 1.04.52 Pm