in

Lelaki Ramas Kemaluan Pemandu Uber Lelaki dan Paksa Lakukan Seks Oral Dalam Kereta

Uber Cabul

Kita sering mendengar kisah wanita berdepan dengan serangan seksual, tetapi sebenarnya ada juga lelaki yang berdepan dengan situasi yang sama.

Uber Cabul1
gambar hiasan

Minggu lalu, seorang pemandu lelaki membuat laporan polis mengatakan dia telah diserang secara seksual oleh seorang penumpang lelaki yang mabuk dalam satu perjalanan pada tengah malam hari Selasa.

Menurut World of Buzz, lelaki berusia 39 tahun itu baru sahaja menjadi pemandu Uber tiga minggu lalu dan dikatakan perlu mengambil dua penumpang lelaki dan membawa mereka dari Taman Desa ke Petaling Jaya.

Kira-kira jam 12.45 pagi, pemandu itu menurunkan salah seorang penumpang dan seorang lagi yang duduk di tempat duduk belakang tiba-tiba mahu berpindah ke tempat duduk penumpang bahagian hadapan.

Menurut FMT, pemandu itu berkata,

“Selepas menutup pintu kereta dan ketika sedang bergerak, tiba-tiba dia meramas kemaluan saya. Sangat menyakitkan! Sebelum itu, dia ada meminta saya melakukan seks oral terhadapnya. Penumpang itu juga bertanya jika saya sudah berkahwin dan memberitahu saya bahawa berkahwin dengan lelaki adalah lebih baik.”

Uber Cabul2
gambar hiasan

Selepas insiden yang membuatkannya trauma itu, pemandu berkenaan berkata, pencabul tersebut mengarahkannya untuk mengambil semula rakannya kerana tersalah lokasi.

Lelaki itu kemudian mematuhi arahan dalam ketakutan dan mengambil rakannya dan menurunkan pencabul itu di sebuah restoran di Petaling Jaya dan rakannya di rumah.

Mangsa berkata, dia sangat takut pada ketika itu kerana penumpangnya mempunyai rupa paras dan senyuman yang menakutkan dan tindakannya (meramas) menyebabkan dia menanggung kesakitan selama 12 jam.

“Saya betul-betul sangka dia mahu merogol saya.”

Uber Cabul3
gambar hiasan

Mangsa juga mengalami trauma psikologi dan selepas menurunkan kedua-dua mereka, dia akui terkejut dan menangis.

Semenjak kejadian itu, dia tidak lagi bekerja pada waktu malam.

“Setiap kali ada penumpang lelaki duduk di kerusi hadapan, saya tidak selesa. Adakalanya, saya rasakan ada tangan yang tidak dapat dilihat akan meramas kemaluan saya.”

Uber Cabul4
gambar hiasan

Bagaimanapun, dia takut untuk membuat laporan polis kerana risau pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap pencabul tersebut. Namun, selepas dinasihati dia akhirnya membuat keputusan untuk membuat laporan dua hari selepas insiden itu.

Ingat eh, serangan seksual boleh berlaku kepada sesiapa, di mana mana tak kira jantina dan umur. 

Baca: Pelajar Kolej Dicabul Ahli Politik dan Ditawarkan Wang Tunai Untuk Luangkan Masa Bersamanya

Cabul0