in

Lelaki Pukul Pengawal Keselamatan Dalam Video Viral, Berdepan Tuduhan Membunuh

Kes Kematian Thava Sagayam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular video rakaman CCTV seorang pengawal keselamatan dipukul oleh seorang lelaki di kolam renang sebuah kondominium di Perak pada Disember tahun lalu.


Untuk pengetahuan korang, rakaman tersebut tular selepas mangsa Thava Sagayam Santhanasamy meninggal pada 27 Ogos lalu selepas sembilan bulan terlantar di atas katil dan menjalani lapan pembedahan.

Sebelum ini pada 6 Januari lalu, tertuduh Ahmad Noor Azhar Muhammad telah pun didakwa di bawah Seksyen 335 kerana menyebabkan kecederaan menyerang Thava menggunakan meja.

Namun selepas kematian Thava, pihak polis telah mengklasifikasikan semula kes ini di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Jabatan Peguam Negara bersetuju untuk meminda pertuduhan tersebut.

Sebentar tadi, tertuduh telah pun didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh Thava di antara jam 8 pagi dan 9.30 pagi di tingkat tujuh Menara Majestic, Ipoh, lapor Malay Mail.

Ahmad Noor Azhar Muhammad Ipoh Court 0909 2

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan mahkamah menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes manakala tertuduh tidak diberikan jaminan.

Sebelum ini, dalam rakaman CCTV yang tular tak lama dahulu, dapat dilihat seorang lelaki telah menghampiri pengawal keselamatan tersebut secara agresif sambil mengangkat tangan dan menundingkan jari sebelum menggunakan meja untuk memukul mangsa.

Lelaki tersebut kemudiannya dilihat mundar-mandir melihat keadaan pengawal keselamatan yang dah tak bergerak sambil dilihat seorang kanak-kanak yang berdiri berhampiran.

Penyerang itu kemudiannya meninggalkan tempat kejadian selepas mengangkat kepala mangsa untuk melihat keadaan di bawah kepala.

Dikatakan, punca kejadian ini berlaku apabila Thava telah melarang anak penyerang tersebut dari mandi di kolam renang.

 

Baca: “Suspek boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati” – Polis Klasifikasi Semula Kes Serangan Keatas Pengawal Keselamatan Sebagai Bunuh

Screenshot 2021 09 09 At 12.01.50 Pm

Sumber: Malay Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.