in

Lelaki Periksa Luar Rumah Selepas Terdengar Bunyi Bising Terkejut Dengan Apa Yang Ditemui

Ular1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Periksa Luar Rumah Selepas Terdengar Bunyi Bising Terkejut Dengan Apa Yang Ditemui
Loading
/

Waktu hujung minggu semestinya ada jiran atau tetamu yang datang bertandang. Kalau takde hal penting pun, pasti ada saja yang ingin disembangkan. Betul tak?


Namun, satu keluarga di Batu Pahat ini telah menerima ‘tetamu yang tak diundang’. Sudah lah tak diundang, buat bising pula tu. Tak tenteram tuan rumah nak berehat…

Menurut satu perkongsian di Facebook, kejadian berlaku jam 4 petang, Sabtu lalu. Pemilik rumah dikatakan terdengar bunyi bising datang dari luar rumahnya.

Tertanya-tanya dengan apa yang berlaku, dia kemudian keluar untuk memeriksa. Namun apa yang dilihatnya sangatlah memeranjatkan (dah membahayakan).

Ternyata seekor ular tedung yang bersaiz besar berada di luar dan sedang cuba untuk memasuki rumahnya. Dia kemudian segera merakamkan kejadian itu sambil didengari sangat terkejut dengan saiz ular tersebut (kita minta tolong translator okay!). Siapa tak terkejut, besar wehhh.

Ular3

Melalui rakaman video berdurasi 1 minit 8 saat itu, boleh dilihat bahawa pemilik rumah berkenaan berada pada jarak yang dekat dengan haiwan itu. Kamera zoom kot? #bersangkabaik

Ular itu dilihat menyusur melalui pelbagai barangan yang berada di hadapan rumahnya dan menghala ke pintu rumah. Pandai pulak binatang ni masuk ikut pintu kan!

Ular1

Haiwan itu kemudian dirakam berada di hadapan pintu masuk rumah dan cuba melingkar pada besi pintu jeriji hingga ke bahagian atas di mana terdapat lubang di dinding rumah sebelum akhirnya berjaya memasuki rumah lelaki tersebut. Usaha tangga kejayaan!

Pintu1

Pintu2

Pintu3

Pihak bomba kemudian tiba selepas menerima panggilan daripada tuan rumah dan berjaya menangkap ular tedung selar tersebut. Terima kasih abang bomba!

Pintu4
sumber: facebook

Netizen yang menonton video tersebut mempertikaikan tindakannya merakamkan video itu pada jarak yang dekat. Yela, bahaya kotttt.

Cameraman yang berhadapan dengan ular tedung selar ni bernasib baik kerana tidak dipatuk. Spesis ular yang bahaya ni.”

“Ular tedung tu, besar macam tu. Dekat gila dia rakam, kena patuk nanti.”

Wehhh siapa tak terkejut nampak ular besar macam tu depan mata. Ketaq lutut ooiii!

Tonton video di bawah:

Baca: Lelaki Cetus Kemarahan Netizen, Seksa dan Langgar Biawak Berkali-kali Tanpa Belas Kasihan

Biawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.