in

Lelaki Panjat Tingkap Rumah Maut Tergelincir Dari Tingkat 11 Pangsapuri

S

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang benar, ajal dan maut itu adalah ketentuan Ilahi. Tetapi kita sebagai hambanya jangan pula kita mensia-siakan hidup dan nyawa yang ada.


Seorang lelaki dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 11 sebuah pangsapuri di Segambut, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, mangsa difahamkan dalam keadaan mabuk cuba untuk memanjat tingkap sebelum tergelincir dan terjatuh.

sumber: china press

Menurut keluarga, perkara itu sudah menjadi kebiasaan memandangkan mangsa seringkali terlupa untuk membawa kunci rumah dan sering meminta kakak membuka pintu. Namun, laporan tidak menyatakan mengapa kakaknya itu tidak membuka pintu pada hari kejadian.

Mangsa juga dikatakan suka berdiri di tebing untuk menikmati pemandangan sebelum masuk ke dalam rumah.

Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilaporkan patah kaki dan mengalami kecederaan parah di bahagian belakang otak yang menyebabkannya maut serta merta di tempat kejadian.

B
gambar hiasan

Pihak polis kemudian dihubungi dan tiba di tempat kejadian di mana mereka melakukan siasatan serta memaklumkan bahawa tiada unsur jenayah berlaku.

Menurut ibu mangsa, anaknya merupakan anak ketiga daripada lima beradik dan seorang yang periang. Mangsa disifatkan sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak mempunyai masalah. Mangsa seorang bujang dan bekerja membantu menjalankan perniagaan keluarganya.

Sayangnya, muda lagi tuuu…

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.