in

Pin Tudung Tersangkut di Paru-paru Bayi 10 Bulan Kerana Tertelan Selamat Dikeluarkan

Pin F2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Pin Tudung Tersangkut di Paru-paru Bayi 10 Bulan Kerana Tertelan Selamat Dikeluarkan
Loading
/

Semalam, tular di Whatsapp dan media sosial kisah seorang kanak-kanak berusia 10 bulan tertelan pin tudung milik ibunya.


Sebuah gambar imbasan X-ray turut tersebar dan menunjukkan pin sebesar kira-kira tiga sentimeter itu tersangkut di bahagian paru-parunya.

Pin1
sumber: facebook

Menurut Harian Metro, pin tersebut telah berjaya dikeluarkan dalam satu pembedahan yang dilakukan segera selepas bayi itu tiba di hospital. Jurucakap hospital itu berkata,

“Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dilaporkan stabil serta masih dalam pemantauan doktor.”

Pin3
sumber: facebook

Meskipun begitu, netizen rata-rata menyatakan kebimbangan dengan kes yang boleh dikatakan diambil ringan oleh ibu bapa ini.

“Nak melaram takpe, fikirkanlah si kecil yang tidak tahu apa apa. Semua yang dijumpainya akan dimasukkan ke mulut kerana mereka tidak tahu tentang bahaya sesuatu objek itu.”

“Budak-budak memang suka kutip masuk mulut. Jadi kita yang ada anak kecil kena selalu tengok, jangan lalai. Untuk peringatan diri sendiri juga.”

Pin2
sumber: facebook

Ada juga yang menegur kelalaian seseorang ibu yang meletakkan objek merbahaya seperti pin tudung itu di tempat yang mudah dicapai anak kecil. Sebagai contoh, di atas sofa, tepi tilam dan di atas meja.

“Ini mesti jenis mak yang tidak berkemas dan simpan barang di tempat sepatutnya. Jika ada anak kecil, pandai-pandai la.”

“Jenis yang suka sepah merata-rata. Cuba disiplinkan diri letakkan tempat-tempat khas untuk barangan seperti itu (pin tudung).”

Bagaimanapun, punca kejadian pin tudung yang menimpa anak kecil ini tidak dinyatakan namun ramai netizen khususnya golongan ibu berpesan dan mengingatkan semua untuk lebih peka dan berhati-hati dengan kes sebegini.

Tonton video jururawat dan doktor melakukan prosedur sebelum pembedahan dijalankan:

Jadikan peringatan dan make sure anda lebih peka lepas ni! Semoga adik ini cepat sembuh.

Baca: “Ke mana kamu pergi 20 minit itu?” – Ibu Kongsi Detik Cemas Nafas Anak Terhenti Selama 20 Minit

Bayi 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.