Lupa Tutup FB, Ayah 4 Anak Kecewa Dapat Tahu Isteri Curang Dengan Beberapa Lelaki

Curang dengan pasangan ni, memang tak boleh nak jangka kan? Even dah kahwin lama, dah beranak pinak, still tak menjamin yang pasangan korang takkan curang.

Macam pasangan dari Georgia ni, dah ada empat orang anak tapi tiba-tiba isteri terkantoi pulak curang dengan orang lain. Bukan sorang tau, ramai. Dahsyat betul.

Menurut Mirror, Seth Megow, 33, berkahwin dengan isterinya Chrissy ketika dia berusia 19 tahun dan mereka dah hidup bahagia bersama selama lapan tahun.

Sumber: Mirror

Namun segalanya berubah bila perangai Chrissy mula jadi lain. Dia sering pulang ke rumah lewat dan tukar semua passwords akaun media sosial. Fishy…

Bukan itu saja, Seth berkata dia makin susah nak berkomunikasi dengan isterinya ini.

Nak dijadikan cerita, satu malam ni Chrissy terlupa nak log out dari Facebooknya. Bila Seth tengok, dia memang terkejut bila isteri kesayangannya ini curang dengan beberapa lelaki di Facebook. Siap ada yang dah berlanjutan sampai setahun katanya!

Sumber: Mirror

“Masa saya dapat tahu tu baru saya sedar apa yang berlaku. Apa banyak affair yang berlaku. Mungkin dia stress lepas dapat anak sebab tu dia buat macam ni kot.”

Seth pada awalnya merasakan yang mereka berkomunikasi dengan baik dan tak pernah menipu. Tambahan lagi, hubungan fizikal antara mereka juga berjalan seperti biasa.

Kemudian, bila Chrissy mula kurang bercakap, suami ini ingatkan isterinya stress kerja dan membesarkan empat orang anak. Rupanya sebab dah ada orang lain.

Kalau korang nak tahu, Seth pernah suspek yang Chrissy ni curang tapi bila dia tengok mesej-mesej dekat Facebook barulah dia yakin dengan kebenarannya.

Sepanjang hubungan mereka, Seth berkata dia yang selalu bangun waktu malam untuk susukan anak-anak atau tukar lampin lepas tu dia sanggup bekerja angkat barang di kilang semata-mata nak bagi peluang isteri kesayangannya untuk sambung belajar. Memang kecewalah bila isteri buat camni kan…

Sumber: Mirror

So, korang kalau dah lama bercinta ke kahwin, janganlah selesa sangat ingat pasangan korang ni takkan curang. Cuba buat balik benda-benda comel yang korang buat masa awal-awal kenal dulu barulah cinta makin mekar. Gituewwww

 

Baca: Kajian Tunjukkan Wanita Lebih Pandai Sorok Kecurangan Dari Lelaki, Betul Ke?

Ditulis oleh Nadia Ghafar

Pendengar setia Willie Nelson