Mungkin ramai yang tak suka dengan apa yang admin nak bongkarkan ni. Tapi inilah kebenaran yang korang kena terima. Terutamanya bagi mereka yang kerap bercuti ke Korea kerana korang jugak boleh jadi mangsa kepada isu serius ini.
Baru-baru ni, kita kecoh dengan isu Seungri dan Jung Joon-young yang dikatakan terlibat dalam isu pelacuran serta sex spycam yang tersebar di media sosial. Isu ini dianggap antara isu yang paling serius di Korea kerana ribuan mangsa terbabit dari kerja kotor terbabit.
Menerusi perkongsian netizen di Twitter, satu pendedahan dibongkarkan mengenai sikap ‘pervert’ lelaki Korea yang gemar merakam ‘aksi seksual’ wanita dengan meletak spycam di merata tempat di Korea. Ini pendedahannya…
“Sick. 42 bilik, 30 motel, 800 video dan 1600 mangsa terlibat. Spycam seks disiarkan live kepada 5000 ahli!”
Mengejutkan tapi inilah yang didedahkan oleh netizen di Twitter mengenai sikap pervert lelaki di Korea. Menurut netizen dalam satu kes dekat sebuah motel di Korea, hampir 600 tetamu tidak mengetahui yang dalam bilik motel mereka dirakam secara live dan disebarkan ke netizen lain. Ngeri kan?
Lebih mengejutkan, spycam ni diletakkan kat kotak TV digital, soket pada dinding dan pemegang hairdryer! Tolonglah belek-belek hairdryer korang kot-kot ada spycam….
Perempuan di Korea terpaksa pakai mask dan tinjau kalau ada ‘lubang’ di tandas
Perasan tak kenapa orang Korea suka sangat pakai mask ke mana-mana? Salah satu sebab mungkin kerana mereka takut wajah mereka dirakam di dalam spycam seks ini!
Menurut satu pendedahan, wanita di Korea ni terpaksa pakai dan tengok keliling tandas takut-takut ada ‘lubang’ yang mengandungi spycam tersorok di dinding dan di dalam tandas tersebut. Kebanyakan jenayah ni dibuat kat merata tempat, tak kiralah kat tempat mandi awam ke, swimming pools, gym dan lain-lain.
Kerajaan Korea cuba banteras isu spycam dengan letakkan mesej warning di mana-mana tapi…
Pihak berkuasa berjanji yang mereka akan cuba menyelesaikan masalah ini dan membersihkan tandas awam di Korea daripada spycam. Kawasan subway juga siap meletakkan mesej ‘HANDCUFF IF YOU SNAP’ bagi mereka yang cuba merakam gambar bawah kain wanita.
Mungkin kat subway bolehlah buat teguran macam ni dan ada orang yang akan inspect jenayah yang dilakukan oleh lelaki pervert macam ni. Tapi macam mana pulak kalau wanita berkeseorangan di dalam tandas, bilik mandi ataupun kat library?! Siapa yang nak tolong?
Bagi mereka yang ke Korea tu hati-hatilah kalau guna tandas atau tinggal di motel kat sana. Perhatikanlah keadaan sekeliling takut ada camera di mana-mana kan. Kesian wanita kat sana sampai kena pakai mask sebab takut wajah dirakam.