in

Pendedahan ‘Secret Sex Cam’ Jung Joon-young & Kaitan Junhyung Hingga Menyebabkan Dia Bersara Dari Highlight

Collage 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dunia K-pop sekarang tengah panas dengan kes ‘bapa ayam’ Seungri. Disebabkan Seungri tengah disiasat, polis terjumpa pula kes lain yang melibatkan secret sex cam Jung Joon-young. Tiba-tiba hari ini, Junhyung  umumkan dia nak ‘bersara’ kerana dia terlibat sama dengan kes Joon-young?


Apa sebenarnya yang berlaku ni?

Pendedahan ‘Secret Sex Cam’ Jung Joon-young

Https Hypebeast.com Wp Content Blogs.dir 6 Files 2019 03 Jung Joon Young K Pop Sex Scandal 1

Cerita dia macam ni, semasa kes Seungri disiasat, polis menemui lebih kurang 10 seks video dan gambar yang diambil secara rahsia dan disebarkan. Beberapa video dan gambar ini juga telah disebarkan di dalam satu chatroom yang di dalamnya terdapat Seungri dan beberapa selebriti lain.

Menurut Soompi, wartawan SBS FunE telah mengeluarkan beberapa text message yang melibatkan Mr. Kim, kenalan Seungri. Pada 9 Januari 2016, Mr. Kim telah menghantar satu video dan gambar-gambar pasangan lelaki dan wanita sedang melakukan seks.

Di dalam video ini, wanita tersebut kelihatan tak sedarkan diri dan tak tahu yang dirinya sedang dirakam. Dikatakan, lelaki dalam video ini adalah Jung Joon-young dan di dalam chat ini, Jung Joon-young kelihatan tak terkesan dengan penyebaran video ini dan hanya ikut gelak bersama yang lain.

Sumber dari siasatan ini juga mengatakan, kebanyakan wanita di dalam video dan gambar yang disebarkan tersebut tak sedar yang diri mereka dirakam.

“Ianya seperti habit. Jung Joon-young telah merakam wanita dan melayan mereka seperti objek. Walaupun dia tahu tindakannya ini adalah salah di sisi undang-undang, dia menunjukkan dia seronok merakam video-video terlarang.”

Ketika aktiviti haram Jung Joon-young ini terbongkar, dia sedang berada di Amerika Syarikat melakukan penggambaran filem.

Pengakuan Jung Joon-young

Hari Selasa, selepas pulang dari Amerika Syarikat, Jung Joon-young telah mengeluarkan surat permohonan maaf dan sekaligus mengaku melakukan jenayah ini.

Saya tulis surat ini dengan rasa malu dan bersalah. 

Saya, Jung Joon Young, sekali lagi sedar tentang betapa teruknya situasi ini selepas pulang ke Korea pada 12 Mac. Walaupun sudah terlambat, saya ingin memohon maaf melalui surat ini kepada semua orang yang telah menunjukkan minat terhadap saya dan memberi saya peluang kedua.

Berkenaan, semua kenyataan yang dikeluarkan berkaitan dengan saya, saya mengakui semua jenayah yang saya lakukan. Saya merakam wanita tanpa keizinan dan sebarkannya di chatroom media sosial. Semasa saya lakukan perkara ini, saya tak rasa bersalah walau sedikit pun.

Sebagai public figure, ia adalah perbuatan yang tak beretika dan perlu dikritik.

Saya melutut dan memohon ampun kepada semua wanita yang muncul di dalam video-video ini dan mengetahui tentang perkara terkutuk ini ketika insiden ini tersebar dan kepada orang ramai yang merasa marah dan kecewa dengan situasi ini.

Saya akan undurkan diri dari semua program yang melibatkan saya dan akan membatalkan semua aktiviti dalam industri hiburan. Sepanjang hidup saya, saya akan ingat dan rasa menyesal dengan segala kegiatan tak bermoral dan haram yang telah saya lakukan.

Saya juga akan beri kerjasama tak akan beri maklumat palsu sepanjang penyiasatan yang akan bermula pada pagi 14 Mac dan akan menerima hukuman di atas tindakan saya.

Sekali lagi, saya mohon maaf sedalam-dalamnya. Maafkan saya.

Selasa, 12 Mac 2019 

Jung Joon Young

Pada tahun 2016, JoonYoung pernah dikaitkan dengan tuduhan yang sama oleh bekas teman wanitanya. Dia dituduh merakam hubungan seks mereka tanpa pengetahuan bekas teman wanitanya. Tapi, dia dibebaskan selepas wanita ini membuat keputusan untuk menggugurkan kes ini.

Penglibatan Yong Junhyung

Unnamed

Sehari selepas pengakuan daripada JoonYoung, industri K-pop sekali lagu dikejutkan dengan penguman Yong Junhyung untuk keluar dari kumpulan Highlight.

Perkara itu diumumkan melalui post Instagram-nya hari ini. Keputusan ini dibuat kerana penglibatan Junhyung dalam kes JoonYoung.

Screenshot 2019 03 14 At 5.59.14 Pm

Di dalam kenyataannya, dia telah merujuk perbualannya dengan JoonYoung pada tahun 2016.

“Saya tak menerima video tersebut pada ketika itu sebaliknya, saya terima video itu pada masa lain. Walaupun bagaimanapun, saya telah terlibat dalam perbualan tak senonoh tentang video itu. Tindakan saya ini sangat tak bermoral dan saya bodoh ketika itu.

“Saya anggap perkara ini bukan masalah besar tanpa memikirkan yang ia adalah satu jenayah dan perbuatan yang salah di sisi undang-undang. Ia juga salah saya kerana tak menghalang JoonYoung dari melakukan perbuatan ini.”

Kerana tak mahu memburukkan kumpulannya, dia membuat keputusan untuk meninggalkan Highlight. Malah dia juga tahu apa yang dilakukannya itu salah dan dia akan sentiasa menyesali perbuatan tersebut sepanjang hidupnya.

Pada 11 Mac lepas, Junhyung telah dikaitkan dalam kes hidden sex cam Jung Joon Young apabila dia merupakan salah seorang ahli group chat tersebut. Bagaimanapun, agensinya Around Us Ent telah menafikan penglibatan Junhyung.

Tapi, selepas Junhyung mengeluarkan statement-nya. Around Us telah mengeluarkan kenyataan balas dan memohon maaf kerana mengeluarkan statement yang salah sebelum ini.

Sekaligus, mereka mengesahkan Junhyung telah menerima dan melihat video tersebut melalui chat one-on-one bersama Jung Joon Young.

“Junhyung sedar yang isu ini serius dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa. Dia juga sedar yang perbuatannya tak bermoral dan kini menyesal kerana telah mengecewakan ramai orang.

“Dia juga sangat memahami yang insiden ini bukanlah sesuatu yang senang untuk dimaafkan dan dia sangat kecewa dengan dirinya kerana telah merosakkan kepercayaan dan kasih sayang yang diterima dari peminat HIGHLIGHT dan ahli kumpulannya.

“Dia akan bertanggungjawab dan meninggalkan HIGHLIGHT secara rasmi pada 14 Mac 2019 demi mengelakkan imej kumpulan ini tercalar.

“Kami minta maaf kerana gagal memeriksa fakta yang betul dan menyebabkan kekeliruan ramai orang kerana mengeluarkan statement secara terburu-buru walaupun hakikatnya Yong Junhyung terlibar dalam insiden yang memalukan ini.”

Admin tak tahulah dorang ni menyesal sebab dorang sedar apa yang dorang buat tu salah ke atau dorang menyesal sebab benda ni terkantoi. Agak-agak kalau tak kantoi, entah berapa ramai lagilah wanita jadi mangsa dorang.

 

Baca: Fans Kpop Bawa Bertenang! Ini Pendedahan Kes Skandal ‘Bapa Ayam’ Seungri Big Bang Yang Korang Perlu Tahu

Screenshot 2019 03 14 At 6.26.01 Pm

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.