in

Lelaki Kongsi Pengalaman Perit Menjadi ‘Gemuk’ Setelah Berjaya Turunkan Berat 100kg

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak semua orang mempunyai keazaman yang tinggi dalam merealisasikan sebuah impian yang kadang-kadang agak tidak realistik untuk dicapai. Sesetengah orang mungkin memilih untuk move on dan kembali kepada kehidupan asal.


Namun bagi Jazli Hassan, kali ini dia memilih untuk berubah. Berubah ke arah yang lebih SIHAT dari sebelumnya.  

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 2
sumber: facebook

Dalam sebuah perkongsian di Facebook, Jazli menceritakan pengalaman sepanjang usahanya dalam menurunkan berat badan 100kg dalam tempoh setahun.

“Dulu saya memang terlalu gemuk! Sayalah lelaki paling gemuk yang seberat 183kg, berbaju saiz 6 XL dengan saiz pinggang 60 inci bertukar menjadi seorang duathlete lari.” 

Duathlete merupakan mereka yang melakukan duathlons, iaitu termasuklah berlari dan berbasikal.

Saya tak pernah sangka seorang lelaki yang obesiti sejak berumur dua tahun berubah menjadi duathlete pada umur 30 tahun.”

Dulu zaman sekolah, sayalah yang paling gemuk, baik di tadika, sekolah rendah dan menengah. Saya sudah lali kalau hari sukan hanya mampu melihat orang lain melakukan sukan padang.”

Saya selalu diperlekehkan kerana lari terkedek-kedek. Orang ejek gemuk dan macam-macam lagi kritikan saya dapat. Dia orang hanya tahu mengejek tapi tak pernah selami hari saya macam mana rasanya.”

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 5
sumber: facebook

Dan akhirnya Jazli memutuskan untuk menjadi serius dalam menurunkan berat badan.

“Saya mulakan semua ini dengan berjalan lima minit dahulu. Kemudian barulah saya buat brisk walk dan ke tahap yang seterusnya. Oleh sebab saya tak mampu untuk berlari, saya bersabar sambil menjaga pemakanan.” 

Pun begitu semuanya tidak semudah yang disangkakan. Jazli tidak mampu berjalan lebih dari lima minit oleh kerana kerap tercungap-cungap kelelahan.

Semasa saya ingin menurunkan berat badan, orang gelakkan saya. Pelbagai kata-kata orang berikan. Tapi saya tak putus asa. Berkali-kali saya gagal buat dan cuba lagi sampai saya ke tahap hari ini. Saya tiada nama hebat seperti yang lain tapi saya cuba nak menjadi hebat.”

Impiannya hampir menjadi kenyataan apabila Jazli berjaya menjadi dualathlete sejak dia mula berbasikal. Pada waktu itu, beratnya 160kg dan orang sekeliling mengejeknya kerana berbasikal terlalu perlahan.

Walau bagaimanapun, benarlah kata pepatah, siapa yang berusaha dialah yang menemui kejayaan.

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 3
sumber: facebook

Selain dari menerima pelbagai kutukan, Jazli juga tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli pakaian dan peralatan yang sesuai untuk membantu menurunkan berat badannya.

Dia tidak mampu membeli basikal yang sesuai untuk kegunaan jalan raya, malah kasut dan stokin pun tidak beli!

“Stokin rosak saya jahit. Kadang-kadang stokin murah buat kaki melecet. Saya pernah menangis sapu minyak di tempat melecet akibat pakai stokin murah. Kaki saya juga pernah tumbuh kematu.”

Dan sudah semestinya segala usaha Jazli menemui kejayaan. Dia bukan saja berjaya menguruskan berat badan dan menjadi sihat, namun dia juga berjaya menghabiskan keseluruhan duathlon.

Baru-baru ini, Jazli telah berjaya berlari sejauh 5km dalam masa 32 miniit, berbasikal sejauh 30km untuk 59 minit dan kemudian berlari lagi untuk 33 minit. Selepas ini, Jazli berhasrat untuk terlibat dalam triathlon pula.

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz
sumber: facebook

Orang inilah yang mereka hina dulu; orang yang ditolak teruk semasa sesi temuduga, orang yang hampir disahkan mandul oleh doktor, orang yang menghidap super morbid obesity, orang yang hampir bengkak jantung sebelah kanannya dan orang yang hatinya telah bengkak dari manusia normal.”

Saya bercerita bukan seperti orang lain untuk berbangga dengan keputusan penurunan berat badan tetapi saya tak mahu orang di luar sana tempuh apa yang saya lalui ini.”

Untuk orang yang super duper gemuk, saya sudah buktikan mampu melakukannya. Kisah ini sebahagian dari perjalanan suka duka saya. Jika ada umur panjang, rezeki murah saya akan bukukan. Mudahan ia jadi inspirasi dan semangat untuk mereka di luar sana.”

From 183Kgs To 80Kgs This Malaysian Man Shares The Struggles He Endured World Of Buzz 4
sumber: facebook

Kisah ini sesuai dijadikan inspirasi buat mereka yang hampir mengalah dalam melakukan sesuatu yang luar biasa. Dengan usaha bersungguh-sungguh, bintang di langit pun mampu kita gapai.

Jangan mudah mengalah. Anda mampu lakukannya!

Baca: Anak Malaysia Cipta Sejarah Pandu Volkswagen Klasik Rentasi Jalan Darat ke Eropah

V

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.