Masihkah anda ingat semasa kecil dahulu, sesetengah daripada kita akan pergi ke kelas agama untuk belajar mengaji al-Quran bersama ustaz atau ustazah. Ada guru yang mengajar tanpa mengenakan apa-apa bayaran, namun ada juga guru yang mengenakan bayaran buat pelajar.
Baru-baru ini, seorang individu meluahkan rasa kecewanya selepas mengetahui dia perlu membayar yuran untuk kelas mengaji. Luahan tersebut dibuat menerusi satu hantaran di Facebook.
Jelas individu tersebut, dia kecewa selepas mengetahui guru mengaji mengenakan bayaran sebanyak RM200 sebulan untuk mengajar membaca al-Quran. Sambung individu ini, bayaran tersebut kelihatan mahal walhal kelas yang diadakan hanyalah sebanyak tiga kali dalam seminggu.
Individu ini turut meluahkan rasa kecewa dengan guru mengaji sekarang yang tidak ikhlas mengajar seperti pada zaman dahulu. Jelasnya, guru pada zaman dahulu mengajar dengan ikhlas tanpa mengenakan apa-apa bayaran kepada anak murid.
“Akhir zmn, guru quran minta bayaran sampai rm200/bulan, padahal 3kali seminggu je.. Susah nk cari guru quran yg ikhlas mcm zmn dulu2 utk ank sedara”
Hantaran ini ternyata mendapat reaksi pelbagai warganet. Rata-rata warganet berpendapat bayaran RM200 sebulan itu adalah terlalu murah jika nak dibandingkan dengan kelas yang diadakan sebanyak tiga kali dalam seminggu.
Ada juga warganet yang kecewa dengan ibu bapa pada zaman ini yang memandang rendah guru agama dan tidak mahu membayar untuk kelas sebegini. Sambungnya lagi, sesetengah ibu bapa lebih rela membayar kelas seperti kelas berenang dan tuisyen.
“Orang zaman sekarang belajar quran nak yang murah je tapi kalau hantar anak pergi tuition or class swimming or apa apa class boleh pulak bayar mahal”, tulis seorang individu.
“Kalau taknak bayar, ajar sendiri. Patutnya tugas mak ayah didik anak dgn Quran, bukan tugas ustaz. Tapi kalau tak mampu, bayar je la. Ingat ustaz tu bayar bil dgn biji tasbih je ke?”, tulis seorang individu di media sosial.
Adakah bayaran RM200 sebulan itu mahal buat kelas mengaji, apa pendapat anda tentang isu ini?
BACA: Tular Video Johan Terlalu Garang Ketika Ajar Anak Mengaji Di Rumah Raih Perhatian Netizen