in

Lelaki Jalani Pembedahan Buang Duit Syiling Tersekat Dalam Hidung Lebih 50 Tahun

Untitled Collage 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki akhirnya dapat ‘menarik nafas lega’ selepas berjaya menjalani pembedahan mengeluarkan duit syiling yang tersekat di dalam hidungnya selama lebih 50 tahun!


Menurut laporan Metro UK, kejadian berlaku ke atas seorang lelaki warganegara Rusia berusia 59 tahun.

Difahamkan, semuanya berpunca gara-gara lelaki itu terlalu takut untuk memberitahu ibunya bahawa dia telah memasukkan syiling tersebut ke dalam hidung ketika berusia enam tahun.

Lama kelamaan dia sendiri lupa mengenai kejadian tersebut, dan hidup seperti biasa selama bertahun lamanya dengan duit tersebut masih tersekat di dalam hidungnya.

Namun sejak kebelakangan ini, dia mengadu mengalami kesukaran untuk bernafas menerusi hidung kanannya. Lelaki itu kemudian pergi melakukan pemeriksaan di hospital, dan doktor  menunjukkan terdapat objek yang menghalang saluran pernafasannya.

Pembedahan pun dilakukan untuk mengeluarkan objek itu yang kemudiannya disahkan sebagai duit syiling lama Russia, yang tersekat selama 53 tahun dalam hidung lelaki tersebut.

Pri 174163137

Keadaan lelaki itu dilaporkan stabil selepas pembedahan.

 

Sumber: Metro UK

Baca: Wanita Ini Hampir Mati Gara-Gara Lupa Tukar Tampon Selama 5 Hari

Capture 39

Sumber: Metro UK

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.