in

Wanita Ini Hampir Mati Gara-Gara Lupa Tukar Tampon Selama 5 Hari

Untitled Collage 61

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita di UK hampir meninggal dunia selepas dia dilaporkan mengalami toxic shock syndrome, gara-gara terlupa menukar tuala wanita atau tampon yang dipakainya selama lima hari!


Metro melaporkan, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Amy Williams terpaksa bertarung nyawa di hospital akibat kecuaian tersebut — selepas badannya mengalami tindak balas kronik terhadap jangkitan kuman, yang boleh membawa kepada kegagalan organ dan akhirnya maut sekiranya tidak dirawat dengan segera.

Bercerita mengenai kejadian itu, Amy berkata ketika keluar bersama teman lelakinya — dia ke bilik air untuk menukar tampon.

Namun kerana terlalu mabuk, dia tidak menyedari apa yang telah dilakukannya — sehinggalah pada satu hari, dia mengesan bau yang begitu busuk keluar dari bahagian intimnya.

Ketika itu dia mula menyedari bahawa sebenarnya terdapat tampon yang sudah tersekat di dalam alat sulitnya. Amy kemudian mula mengalami kesakitan di bahagian bawah perut dan suhu badannya naik mendadak sebelum dikejarkan ke hospital.

Meskipun ketika dihantar ke hospital, organnya mula gagal berfungsi — tindak balas pantas pasukan perubatan berjaya menyelamatkan nyawa wanita tersebut.

Amy berkata, pengalaman yang dialaminya tahun lalu itu bukan saja membuatkan dia berasa malu — malah turut memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan untuk kerap menukar tampon setiap kali menggunakannya ketika haid.

 

Baca: “Boleh bernafas ke kalau guna tu” – [VIDEO] Warga Emas Terpaksa Guna Tuala Wanita Ganti Mask Ketika Musim Covid-19

Capture 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.