Perkahwinan adalah satu ikatan yang perlu dihormati dan tidak wajar diambil ringan. Sebab itulah ramai yang kata, sebelum nak bernikah tu, fikir masak-masak dulu.
Di China, sepasang suami isteri menerima kecaman netizen selepas memfailkan permohonan cerai hanya satu jam selepas mereka berdua dikahwinkan, lapor Global Times.
Difahamkan, si suami yang merupakan seorang pelajar kolej memfailkan penceraian selepas mendakwa tekanan yang diberikan isterinya menjadi punca dia terpaksa membuat keputusan terburu-buru.
Katanya, si isteri yang bekerja sebagai seorang jururawat telah menganggunya dengan menghantar banyak mesej sehingga mengakibatkan lelaki terbabit membuat keputusan tanpa berfikir panjang.
“Kami sebenarnya dah putus sebelum kahwin tapi dia spam saya dengan mesej untuk menganggu saya,” katanya.
Dalam pada itu, si isteri pula dilaporkan telah meminta bayaran ganti rugi sebanyak 300,000 yuan (RM192,581), Malah, dia juga menuduh suaminya berlaku curang.
Selepas gagal mencapai kata persetujuan, pasangan ini kemudiannya membawa kes mereka ke mahkamah. Walau bagaimanapun, mahkamah tempatan menolak permohonan cerai pasangan terbabit kerana menganggap si suami gagal menunjukkan bukti bahawa dia dan isterinya sudah berpisah sebelum majlis perkahwinan mereka perlangsung.
Tidak cukup dengan itu, pasangan terbabit juga dikatakan mempunyai ‘asas perhubungan emosi’ yang sekali gus mengakibatkan permohonan cerai yang difailkan si suami tidak dapat diterima.
Insiden berkenaan kemudiannya tular di media sosial Sina Weibo sehinga mengakibatkan perdebatan. Seorang netizen menulis pasangan terbabit sepatutnya menghormati ikatan perkahwinan dan tidak patut menganggapnya sebagai permainan.
Sumber: Global Times
Baca: Suami Nak Ceraikan Atas Alasan Rupa Isteri Makin Hodoh Lepas Buat Surgery Kelopak Mata