in

Suami Nak Ceraikan Atas Alasan Rupa Isteri Makin Hodoh Lepas Buat Surgery Kelopak Mata

Mata E1631328540862

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang wanita dari China sanggup berhabis duit sebanyak 20,000 yuan (RM 12,294) untuk melakukan pembedahan membuang kelopak mata yang berlapis, tapi hasilnya begitu mengecewakan sehingga suaminya minta cerai sebab rupanya yang ‘hodoh’.


Menurut Sin Chew Daily & WORLD OF BUZZ, wanita yang lebih dikenali sebagai Jin ini dapat recommend daripada rakannya, dia kemudiannya membuat keputusan untuk membuat pembedahan tersebut di sebuah ‘hospital kecantikan’ di Nanchang pada Oktober 2019 lepas.

 

‘Bekas’ bedah tak surut-surut sampai 3 bulan

Bagaimanapun, selepas 3 jam setengah pembedahan itu dijalankan, bengkak akibat bedahan itu tidak surut sampai 3 bulan.

Menurut Jin, orang ramai melihatnya macam nampak ‘hantu’. Difahamkan, bengkak dekat matanya itu sepatutnya pulih lepas 3 hari pembedahan tapi di mata Jin, ia makan masa berbulan-bulan masih tak reda.

Download 9

Download 10

Jadi, April 2020 lepas, pihak hospital bersetuju untuk membaiki semula keadaan mata Jin dengan melakukan pembedahan secara percuma kepadanya. Walaubagaimanapun, dah lebih setahun berlalu, Jin masih tidak berpuas hati dengan hasilnya.

Dia mengatakan bahawa sudut dalam matanya tidak sejajar dan kelopak matanya nampak jatuh.

“Saya laburkan duit untuk nampak lawa, tapi yang ni nampak makin hodoh, saya nak minta refund balik 20,000 yuan dan pampasan untuk kesihatan mental saya terhadap apa yang dah berlaku sejak beberapa tahun ini. Saya dengan suami selalu bergaduh sampai dia ada hasrat nak ceraikan saya sebab saya hodoh.”

Download 12 Download 11

Namun, pihak hospital enggan memulangkan permintaan Jin sebab orang yang mengendalikan pembedahan itu ada mengatakan bahawa Jin dah turunkan tandatangan sebelum pembedahan yang pihak meraka tidak menjamin pasal simetri mata selepas pembedahan.

Difahamkan, Jin sekarang sedang mendapatkan bantuan daripada pengamal perubatan.

 

Baca : “Nak cantik macam dia” -Doktor Pembedahan Plastik Dedah Ramai Yang Nak Wajah Macam Tzuyu Twice

Bedah

Sumber: NetEase
Sumber: NetEase

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.