in

Lelaki Disumbat Dalam ‘Sangkar Babi’, Direndam Dalam Sungai Lepas Kantoi Atas Katil Dengan Isteri Orang

Collage 44 E1606553628978

Seorang lelaki dari China telah disumbat masuk ke dalam sangkar babi dan direndam beberapa kali dalam sungai selepas dia ditangkap mempunyai hubungan sulit dengan isteri lelaki lain.

Menurut Sin Chew Daily, insiden ini berlaku di Daerah Dianbai, Wilayah Guangdong. Video kejadian ini telah tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki hanya berseluar dalam duduk di atas katil sambil mukanya penuh dengan darah.

Sekurang-kurangnya tiga lelaki telah terlibat dalam kejadian ini dan dipercayai telah merakamkan ‘hukuman’ mereka sambil memarahi dan menyoal mangsa. Mereka kemudiannya mengikat tangan mangsa dengan tali sebelum menyumbat lelaki ini di dalam sangkar buluh.

Walaupun mangsa merintih dan merayu untuk dilepaskan, lelaki-lelaki tersebut tak endahkan dan terus merendam sangkar ini ke dalam sungai.

Cage3

Pihak polis dari bandar Maoming telah pun mengesahkan insiden ini dan kertas siasatan telah pun dibuka. Mangsa dipercayai tak alami apa-apa kecederaan serius manakala tiga suspek dalam insiden ini telah pun menyerah diri.

Kalau korang nak tahu, hukuman yang dibuat ini merupakan hukuman yang pernah diamalkan oleh orang di China zaman dulu bila seseorang atau pasangan didapati bersalah melakukan zina.

Biasanya tertuduh akan dibawa ke pusat komuniti sesebuah kampung di mana ketua kampung akan mendengar testimoni tertuduh dan saksi sebelum menjatuhkan hukuman.

Screenshot 2020 11 24 At 4.59.03 Pm

Tertuduh kemudiannya akan dipaksa untuk mendedahkan pasangan mereka yang juga akan menerima hukuman.

Menurut Bella Online, tertuduh kemudiannya akan diikat dengan tali untuk kurangkan pergerakan dan dimasukkan ke dalam sangkar yang diperbuat dari buluh yang biasanya digunakan untuk membawa babi. Sangkar ini kemudiannya akan dihumban ke dalam sungai sehingga tertuduh mati sebelum mayat diambil semula untuk pengebumian.

Walaupun hukuman ini dah tak diluluskan di China namun beberapa kumpulan dari sosio ekonomi rendah masih mengamalkannya.

 

Baca: “Mengaku ‘single mother’” – Isteri Curang Dengan 300 Lelaki Sebab Suami ‘Busy’ Kerja

Screenshot 2020 11 24 At 5.04.38 Pm

Sumber: YouTube