Niat seorang lelaki yang mahu menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mengenai kerenah isterinya bertukar arah apabila dia pula yang teruk dikecam pengguna media sosial lain selepas mendedahkan berapa wang belanja diberikannya pada isteri setiap bulan.
Memetik laporan Berita Hits, lelaki yang tak didedahkan identitinya itu mendedahkan masalah rumah tangga yang kini dihadapinya di laman sosial Facebook pada Februari lalu.
Jelas si suami, dia buntu dengan masalah boros isterinya yang mampu menghabiskan wang belanja bulanan hanya dalam masa 25 hari. Katanya lagi, apabila dia menyoal hal berkenaan, si isteri akan marah dan mula merajuk.
“Sebagai suami, kita hairan dong gimana caranya kok boros gitu,” tulis si suami.
Walau bagaimanapun, pendedahan si suami ternyata memakan diri apabila dia sendiri mengaku memberikan wang belanja bulanan sebanyak Rp 350 ribu (sekitar RM102). Jumlah berkenaan dikatakan sangat sedikit oleh pengguna laman sosial lain. Malah, ada juga yang mengatakan mahu bayar bil eletrik juga tidak mencukupi.
“350,000 rupiah tu cukup hanya seminggu saja,” tulis warganet.
Ada hati nak kahwin lagi tu…
Selain mengecam isteri sendiri yang dikatakan boros dan seorang pemarah, si suami juga ada bertanyakan pendapat pengguna laman sosial berkenaan mahu mencari penganti.
“Udah boros senang marah, wajarkah kalau suami mau cari pengganti atau nikah lagi?” tulisnya.
Pertanyaan itu ternyata kurang disenangi pengguna media sosial lain yang bertindak mengecam teruk hasrat lelaki berkenaan.
“Duit belanja pun RP 350 ribu sebulan, ada hati nak kahwin lain,” tulis warganet.
“Ni ciri-ciri suami yang patut dirukyahkan ni,” kata netizen lain pula.
Sumber: Berita Hits