in

Lelaki ‘Pujuk’ Isteri Buat Personal Loan RM129K Konon Untuk Bayar Hutang, Rupanya Nak Buat Belanja Kahwin Lain

Ft Personalloan E1612573890190

Seorang lelaki dari Arab Saudi bukan saja sanggup menipu isterinya tetapi juga tergamak ‘menghasut’ wanita itu untuk membuat pinjaman peribadi bagi kepentingan dirinya.

Ketika cuba memujuk isterinya untuk membuat permohonan pinjaman tersebut, lelaki berkenaan memberikan alasan duit itu bakal digunakan untuk menyelesaikan semua hutangnya.

Namun, menurut Gulf News selepas permohonan pinjaman peribadi sebanyak SR120,000 (RM129,439.94) lulus dan wang itu diterima, lelaki tersebut membelanjakannya untuk benda lain.

Pinjaman5

Semua helah dan penipuan lelaki itu terbongkar selepas isterinya mendapat maklumat daripada saudara beberapa minggu kemudian bahawa suaminya merancang untuk berkahwin lain dan akan menggunakan duit pinjaman tersebut.

Difahamkan rumah tangga mereka memang mempunyai masalah dan selepas mendapat tahu tentang penipuan itu, wanita berkenaan terus bertanya kepada suaminya.

Namun, lelaki tersebut pada mulanya menafikan semua itu namun akhirnya mengaku yang dia bakal berkahwin dengan wanita lain tidak lama lagi. Katanya lagi, dia telah mendapat ancaman jadi disebabkan itu dia perlukan duit untuk membayar semua hutang.

Pinjaman4

Wanita terbabit kemudian menuntut agar suaminya itu membayar semula SR120,000 tersebut namun lelaki berkenaan enggan berbuat sedemikian.

Disebabkan itu dan juga kerana rumah tangga yang bermasalah serta merancang untuk mengakhiri perkahwinan, wanita berkenaan mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat peguam serta menggunakan undang-undang bagi menyelesaikan semuanya.

Baca: “Ada tamu nunggu jenazah gua” – Tipu Isteri Naik Sriwijaya Air Padahal Pergi ‘Honeymoon’ Dengan Scandal?

Curang9