in

Lelaki Datang Ke Balai Nak ‘Report’ MyKad Hilang, Tak Tahu Rupanya Nama Dikehendaki Polis

datang balai mykad hilang nama dikehendaki polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehadiran seorang lelaki ke balai polis untuk membuat laporan mengenai kehilangan kad pengenalannya bertukar kecoh apabila dia dikenal pasti sebagai individu yang dikehendaki polis.

Kejadian itu berlaku di Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur semalam (16 September) ketika suspek hadir ke kaunter aduan balai berkenaan.


Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, suspek warga tempatan berumur 36 tahun itu terus melarikan diri selepas dimaklumkan mengenai statusnya.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Lelaki Dedah Pernah 4 Hari Tidur Lokap & Dipenjara 1 Hari, Gara-gara Keluar Tak Bawa IC

Artikel berkaitan: Lelaki Kantoi Simpan Video Lucah Masa Buat Report Palsu Konon Hilang Mykad

“Setelah anggota kaunter aduan membuat pemeriksaan kad pengenalan suspek, didapati suspek adalah individu yang dikehendaki oleh pihak polis di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek dimaklumkan berhubung perkara tersebut sebelum secara tiba-tiba melarikan diri dan dalam cubaan menahannya, suspek telah melanggar seorang anggota polis,” katanya.

325772266 400608078953833 5097643569414501210 n

Beberapa anggota Balai Polis Pantai kemudian mengejar suspek yang melarikan diri ke arah tepi sungai berhampiran sebuah hotel di Jalan Pantai Baharu.

Suspek kemudian berjaya ditangkap di lokasi berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

Dia juga dijangka akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur bersama kes berkaitan dadah yang dikehendakinya.

Sumber: Harian Metro

Sumber: FB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.