in

Lelaki Kantoi Simpan Video Lucah Masa Buat Report Palsu Konon Hilang Mykad

Laporan Palsu Mykad

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Niat manusia ini adalah sesuatu yang sangat tidak dapat dijangka, seorang lelaki baru-baru ini telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan MyKad namun keadaan bertukar genting apabila lelaki berkenaan terkantoi menyimpan video lucah.

Semuanya terbongkar selepas polis membuat pemeriksaan apabila lelaki berkenaan mengamuk di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Selangor.


Pexels Cottonbro Studio 8382255
Gambar hiasan

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pekerja bank berusia 29 tahun itu pada mulanya membuat laporan kononnya diragut.

“Berdasarkan laporan, semasa dia berada di kawasan parkir Jalan Pandan Indah, didatangi seorang penunggang motosikal yang melarikan beg mengandungi dokumen peribadi dan wang tunai RM250.

Pada 5.54 petang semasa lelaki itu menunggu untuk rakaman percakapan oleh penolong pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), dia secara tiba-tiba meninggikan suara.

Suspek mendakwa menunggu lebih satu jam. Suspek terus bangun dari kerusi lalu membalingnya ke arah pintu pejabat pegawai penyiasat berkenaan sambil menjerit mahu pulang,” katanya.

Disebabkan tindakannya itu, pihak polis telah menahannya dan menjumpai beberapa video lucah dalam telefon bimbitnya.

Ujian saringan air kencing juga menunjukkan suspek negatif dadah dan tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

Suspek ditahan reman tiga hari bermula hari ini sehingga Rabu ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis, Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki bahan lucah dan Seksyen 182 kanun sama kerana membuat laporan palsu.

Baca: Lelaki Mengamuk Depan Masjid Maut Didakwa Dipukul Sekumpulan Pelajar Tahfiz

Budak Tahfiz Pukul Lelaki Kurang Siuman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.