in

Lelaki Cuba Ragut Pelancong Di Batu Caves Dikurung Dalam Pagar Sebagai Balasan

Batu Caves

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Cuba Ragut Pelancong Di Batu Caves Dikurung Dalam Pagar Sebagai Balasan
Loading
/

Setiap perlakuan sama ada baik atau buruk sudah pasti ada balasannya. Begitulah juga dengan apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini apabila dia dikurung di dalam pagar gara-gara cuba meragut pasangan pelancong di pintu masuk kuil Batu Caves.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 1 tengah hari, lelaki berkenaan yang hanya memakai seluar hitam berjaya ditangkap oleh orang awam yang turut bertindak membelasahnya sebelum menyerahkannya kepada pihak polis, lapor Malaysian Digest.


Peragut
sumber: facebook

Video kejadian yang turut tular di Facebook juga menunjukkan lelaki yang berusia 22 tahun itu ditahan di dalam pagar berhampiran stesen jana kuasa elektrik di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad, lelaki berkenaan didapati cuba meragut pasangan pelancong warga asing ketika berada di pintu masuk kuil tertinggi di Malaysia itu.

“Tindakan lelaki itu disedari oleh orang awam sebelum dia ditahan dan dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.”

Peragut 2
sumber: facebook

Pihak polis juga turut merampas motosikal Yamaha LC lelaki berkenaan dan semakan mendapati bahawa kenderaan itu telah dicuri di Kuala Lumpur sejak dua hari lalu.

Bagus tindakan pantas orang awam, berjaya tangkap pesalah. Kalau anda jadi saksi kejadian sebegini, jangan buat tak tahu je tau!

Baca: Peragut Khayal Dadah Guna Telefon Curi Untuk Buat Panggilan Lucah Kepada Keluarga Mangsa

Capture 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.