in

Lelaki Cuba Peluk Ariana Grande Di Singapura Kena Penjara 9 Hari

syaz ft 2025 11 18T113420.919

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebuah mahkamah di Singapura menjatuhkan hukuman penjara sembilan hari terhadap seorang lelaki Australia kerana cuba menyerbu dan memeluk bintang Hollywood, Ariana Grande, ketika tayangan perdana filem.

Johnson Wen, 26, didapati bersalah kerana mengganggu ketenteraman awam susulan insiden berprofil tinggi itu yang berlaku Khamis lalu pada tayangan perdana Asia bagi Wicked: For Good.


Artikel berkaitan: Gara-gara Serbu Dan Peluk Ariana Grande, Peminat Berdepan Tuduhan Di Mahkamah Singapura

Artikel berkaitan: “Macam tu je dia peluk” – Aisha Retno Jumpa Ariana Grande & Cynthia Erivo, Siap Nyanyi Bersama!

Video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan Wen melompat pagar penghadang, berlari ke arah Ariana lalu memegang bahunya sambil melompat-lompat, riak wajah pelakon itu kemudiannya bertukar cemas.

@wheninmanila

Man jumps over the barricade to run to Ariana Grande at the yellow carpet of the “Wicked: For Good” premiere in Singapore. We are so relieved she’s alright! #arianagrande #wickedforgood #wheninmanila

♬ original sound – WhenInManila.com – WhenInManila.com

Insiden itu mencetuskan kemarahan khususnya rakyat Singapura, ramai mendesak agar Wen ditangkap dan diusir. Difahamkan, dia turut mempunyai rekod mengganggu konsert dan acara selebriti sebelum ini.

Ada juga yang berpendapat Wen telah “menggugat trauma” Ariana kerana pelakon itu pernah berkongsi mengenai gangguan stres (PTSD) setelah serangan bom bunuh diri pada konsertnya di Manchester pada Mei 2017 yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan ratusan yang lain.

Dalam perbicaraan Wen pada Isnin, mahkamah dimaklumkan dia cuba menceroboh tayangan perdana itu sebanyak dua kali, menurut laporan media Singapura.

Polis di Singapura menahannya keesokan hari dan mendakwanya atas kesalahan mengganggu ketenteraman awam, Wen mengaku bersalah.

Sebelum ini, lelaki tersebut turut memuat naik video dirinya mengganggu konsert Katy Perry dan The Weeknd, serta menceroboh padang dalam pelbagai acara sukan. Media Australia melaporkan dia telah diharamkan memasuki beberapa stadium dan dikenakan denda.

Wen, yang tidak diwakili peguam dalam mahkamah Singapura, memberitahu hakim sebagai rayuan bahawa dia “tidak akan mengulanginya lagi”.

Pelantun lagu Thank U, Next itu bagaimanapun tidak mengulas mengenai kes tersebut dan terus membuat kemunculan umum di acara-acara di Los Angeles sepanjang hujung minggu.

Sumber: BBC

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.