Orang yang dalam tekanan kerana sesuatu perkara ni memang tak boleh diambil mudah.
Menurut Weird Kaya, kejadian yang berlaku petang semalam (6 April) ini menunjukkan lelaki yang bekerja sebagai pembantu kerani ini melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anaknya selepas bertelanjang.
Kelakuan lelaki ini telah memeranjatkan orang ramai yang turut berada di tempat kejadian sehingga ada yang cuba untuk membawa tuala untuk menutup lelaki itu.
Tertekan dengan kerja
Menurut Ketua Polis Bentong, Superitendan Zaiham Bin Mohd Kahar, ketika insiden tersebut berlaku, lelaki ini baru sahaja tiba di Genting Highlands bersama anak dan isterinya.
Difahamkan, lelaki ini dipercayai telah mengalami tekanan kerja yang terlalu berat.
Tindakan (bertelanjang) secara tiba-tiba oleh lelaki ini telah mengejutkan orang yang lalu lalang di sana. Ada yang bawa tuala untuk cuba tutup dia.
Beberapa pegawai polis bantuan turut bergegas ke lokasi kejadian dan meminta agar lelaki tersebut memakai semula bajunya.”
Lelaki ini kemudiannya dibawa ke balai polis Genting Highlands sebelum dihantar ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Alahai, kesiannya. Mesti dia tak sedar pun dia buat semua tu. Kesian jugak dekat isteri dan anaknya.
Baca: Kecoh! Lukisan Bogel Hiasi Dinding Kawasan Kampung, Katanya Dah ‘Tutup’ Tapi Masih Seksi?