Seorang bapa di Vietnam telah menghabiskan ribuan ringgit dengan menukarkan sebuah van menjadi kereta kebal kayu untuk dijadikan mainan anaknya yang berusia 3 tahun.
Truong Van Dao dan dua lagi rakannya telah mengambil masa kira-kira 3 bulan untuk menukarkan sebuah van 16 tempat duduk menjadi kereta kebal di Hanoi, Vietnam.
Kereta kebal yang diperbuat daripada kayu itu dianggarkan menelan kos sekitar $11,000 (kira-kira RM46,000) dan diinspirasikan dari model kereta kebal Perancis EBR105.
Menurut laporan Economic Times, kereta kebal itu dilengkapi replika senjata berukuran 2.8 meter panjang dan mampu mencapai kelajuan 25 kilometer sejam dengan menggunakan enjin asal dari van tersebut.
Berkata kepada sumber, Dao memaklumkan cabaran terbesar untuk membuat kereta kebal itu adalah untuk menggerakkan kelapan-lapan tayar serentak.
Walau bagaimanapun, selepas berhabis masa sekitar 3 bulan, Dao dan rakan-rakannya berjaya menyiapkan kereta kebal itu untuk berfungsi dengan baik.
Dengan kepakaran kerja kayu yang dimilikinya, kereta kebal itu kelihatan sangat kukuh dan menjadi perhatian orang ramai ketika dibawa ke jalan raya.
Korang boleh tengok video @AFP kat bawah ni untuk tengok macam mana Dao modify van jadi kereta kebal kayu.
VIDEO: A Vietnamese father has spent hundreds of hours and thousands of dollars converting an old van into a wooden tank for his son pic.twitter.com/bT6QKBVDGq
— AFP News Agency (@AFP) March 31, 2022