in

Lee Zii Jia Masih ‘Sporting’ Dan Ceria Seperti Selalu, Video Ini Buat Peminat Lega

Cover 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, tindakan Lee Zii Jia yang meninggalkan skuad kebangsaan telah menyebabkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) memutuskan untuk tidak mendaftarkan namanya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun.


Ekoran itu, ramai peminat yang menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap denda yang dikenakan ke atas atlet ini. Malah, atlet badminton negara lain turut memberikan solidariti ke atas Lee Zii Jia.

Masih tersenyum dan ceria

Menerusi satu perkongsian oleh seorang pengguna TikTok (@zacharyyeoh), lelaki ini ada memuat naik sebuah video dia bertemu dengan atlet badminton negara, Lee Zii Jia.

Difahamkan, video ini pada mulanya dibuat untuk membalas kenyataan para pengikutnya yang mengatakan wajahnya mirip Lee Zii Jia.

Dddd

3 1 1

Menerusi video tersebut, lelaki ini jelas teruja bertemu dengan Lee Zii Jia yang ketika itu tersenyum luas dan melambai kepada kamera.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur dan gembira selepas melihat keadaan terkini Lee Zii Jia yang masih ceria meskipun berhadapan dengan situasi yang sukar.

“Stay strong capt”

A

“Finally dapat tengok dia senyum”

B

C

Meskipun video pendek ini hanya menunjukkan Lee Zii Jia tersenyum, namun ia sudah dapat membuat para peminat berasa lega dan gembira dengan perkembangan semasa atlet itu.

Apa-apa pun, semoga ada keadilan buat Lee Zii Jia!

 

Kredit: zacharyyeoh

BACA: [VIDEO] Roslin Hashim Bersuara Isu Lee Zii Jia Perlu Bayar Pampasan Pada BAM

Capture 31

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.