Pengiraan kalori dalam makanan bukan benda biasa bagi rakyat Malaysia. Malah, ramai yang tak tahu pun jumlah kalori yang dorang ambik dalam sehari tu sebenarnya dah melebihi jumlah yang disarankan bagi mengekalkan berat badan yang ideal.
Baru-baru ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengatakan, seramai 41.4% penjawat awam atau lebih kurang 50.1% rakyat Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan.
Sebagai salah satu inisiatif untuk menjaga pemakanan rakyat Malaysia, Khairy memberitahu bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meletakkan jumlah kalori makanan pada menu restoran.
Projek yang akan dijalankan pada tahun 2023 ini akan melibatkan beberapa restoran terpilih dan akan dilaksanakan ke atas semua restoran sekiranya ia menunjukkan perkembangan yang positif.
Mulai tahun hadapan, beberapa restoran di sekitar Putrajaya, kafeteria di bangunan kementerian dan restoran makanan segera akan terlibat dengan projek ini.
Tambahnya lagi, restoran yang mahu terlibat dalam projek ini tak perlu membayar yuran konsultan untuk meletakkan label dalam menu mereka kerana pihak KKM akan menyediakan maklumat pengiraan kalori.
Pakar dari bahagian pemakanan akan menetapkan jumlah kalori dan maklumat lain dengan cara mengkaji dan menganalisa bahan yang terdapat dalam sesuatu hidangan.
Jika projek ini berjaya menunjukkan perkembangan yang positif, pengiraan jumlah kalori ini akan dilaksanakan di semua kedai makan seluruh Malaysia.
Baca: Dietitian Ini Sangkal Dakwaan ‘Kedai Mamak Punca Malaysia Juara Obesiti Asia Tenggara’