in

88,000 Unit Terlibat, Ada Kesalahan Dalam Ujian Keselamatan Babitkan Perodua Axia & Toyota Vios

1Axia

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Anak syarikat Toyota, Daihatsu mengesahkan bahawa ada berlaku kesalahan dalam ujian keselamatan yang dilakukan bagi permohonan kelulusan peraturan untuk empat model mereka.


Screenshot 2023 04 30 At 10.33.46 Am

Memetik laporan Paultan.org, model kenderaan yang terlibat adalah Perodua Axia 2023, Toyota Vios (dengan lencana Yaris Ativ di Thailand dan pasaran lain), Toyota Agya dan sebuah lagi model yang belum dilancarkan.

Screenshot 2023 04 30 At 10.35.01 Am

Daihatsu mengaku telah wujud kesalahan melibatkan lebih 80,000 unit model kenderaan dan telah dijual di Malaysia, Thailand, Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Mexico setakat ini.

Sehubungan dengan itu, penghantaran stok baru model kenderaan yang terlibat telah digantung. Dalam satu kenyataan, Daihatsu telah membuat permohonan maaf kepada pelanggan mereka.

“Kami memohon maaf yang tak terhingga kerana mengkhianati kepercayaan pelanggan kami serta pihak berkepentingan lain dan kerana telah menyebabkan situasi ini”

Dalam kenyataan itu juga, Daihatsu menyebut bahawa “lapisan dalam pintu tempat duduk depan telah diubah suai secara tidak betul, dan berlakunya salah laku terhadap prosedur ujian perlanggaran sisi dan kaedah yang ditetapkan oleh peraturan.”

Kesalahan yang wujud itu adalah pada kemasan pintu yang telah diubah suai dengan sebuah “takik” (notch) untuk meminimumkan risiko yang panel pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.

Ubah suai berkenaan bagaimanapun tiada pada kenderaan yang dikeluarkan.

Screenshot 2023 04 30 At 10.35.15 Am

Dengan penghantaran baru yang sudah digantung, Daihatsu, bersama dengan Toyota, akan menguji semula (ujian perlanggaran sisi) dengan kehadiran pihak berkuasa pemeriksa dan pensijilan.

Sekiranya disahkan prestasi impak sisi berkenaan mematuhi peraturan, pengeluar kenderaan itu akan meneruskan semula penghantaran.

Bagaimanapun, Daihatsu telah memastikan yang pelanggan yang menggunakan model-model tersebut tidak perlu mengambil sebarang tindakan untuk penggunaan.

Baca: [VIDEO] Cubaan Potong Barisan Tak Berjaya, ‘King’ Kena Bahan Dengan Netizen

Screenshot 2023 04 30 At 10.38.50 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.