in

Lebih 200k Tandatangan Petisyen Mahu Final Piala Dunia Diulang, Dakwa Pengadil Tak Adil

Cats 33

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Piala Dunia edisi kali ini menyaksikan Argentina berjaya menewaskan Perancis dalam penentuan sepakan penalti. Kejayaan ini ternyata menggembirakan ramai peminat bola sepak dunia yang mahu Messi mengakhiri kariernya dengan penuh kejayaan.


Terbaharu, lebih 210,000 orang telah menandatangani petisyen meminta agar perlawanan akhir Piala Dunia 2022 dimainkan semula.

Menurut orang ramai, perlawanan tersebut berlangsung dengan tidak adil dan Argentina diberikan kelebihan oleh pengadil.

Messi2

Ada juga yang mendakwa pengadil perlawanan, Szymon Marciniak tidak sepatutnya memberikan penalti kepada Argentina, selain mendakwa Mbappe telah dikasari oleh Di Maria ketika menjaringkan gol kedua Argentina.

Sebilangan penyokong Perancis juga mndakwa gol kedua Messi pada masa tambahan tidak sah kerana terdapat pemain gantian yang menceroboh ke dalam padang ketika perlawanan sedang berlangsung.

Bola 7

Argentina dinobatkan sebagai juara selepas menewaskan Perancis menerusi sepakan penalti selepas terikat dengan jaringan tiga sama. Pelawanan ini turut diakui oleh penyokong bola sepak sebagai perlawanan yang paling mendebarkan dalam sejarah bola sepak.

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama petisyen dilancarkan dalam bola sepak. Sebelum ini, penyokong Chelsea telah melancarkan petisyen meminta Anthony Taylor tidak diberikan tugasan mengadili perlawanan mereka selepas keputusan seri 2-2 dengan Tottenham.

Kredit: Utusan

BACA: Bank Pusat Argentina Sedia Pertimbang Letak Wajah Messi Pada Wang Kertas?

Capture 11

Sumber: Utusan
Sumber: Utusan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.