in

Lebih 20 Warga Asing Sah Positif Covid-19, Kini Tiga Perumahan di Sepang Pula Dikenakan PKPD

Pkpd Langat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Viral di Facebook sejak tengah malam tadi menunjukkan rakaman video dan gambar situasi di mana tentera darat dilihat memenuhi sekitar kawasan Taman Langat Murni di Banting, Selangor.


Menurut FMT, taman perumahan itu dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan kawasan itu kini telah dipasang pagar kawat duri.

Langat4

Langat3

Ini berikutan terdapat 24 warga asing disahkan positif Covid-19. Kluster itu telah dikesan pada 29 Mei lepas oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sejak akhir bulan lepas, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Langat dilaporkan giat melakukan penegsanan aktif jangkitan Covid-19 di kawasan terbabit.

Langat1

Langat6

Selain Taman Langat Murni, dua taman perumahan lain yang dilaporkan turut dikenakan PKPD adalah Taman Langat Utama dan Taman Langat Utama 2, berhampiran Bukit Changgang.

Anggota polis juga akan mengawal laluan keluar masuk ke tiga perumahan berkenaan. Semua penduduk yang berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD berlangsung.

Langat2

Langat

Baca: Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berlaku Sebab Ziarah Hari Raya – Dr Noor Hisham

Collage 6

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: FMT
Sumber: FMT
Sumber: Facebook
Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.