in

Kluster Pangsapuri Cheras Mungkin Berlaku Sebab Ziarah Hari Raya – Dr Noor Hisham

Collage 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam kluster baru iaitu Kluster Pangsapuri Cheras telah dikesan. Kes pertama kluster ini dikenalpasti daripada saringan pelajar pusat tahfiz.


Menurut Dr Noor Hisham pada sidang media sebentar tadi, siasatan mendapati tak ada pelajar, guru mahu pun kakitangan dari pusat tahfiz tersebut mempunyai sejarah menghadiri perhimpunan tabligh Sri Petaling.

Tambah Ketua Pengarah Kesihatan ini lagi, kemungkinan besar penularan Covid-19 Kluster Pangsapuri Cheras ini berpunca dari aktiviti ziarah-menziarahi semasa Aidilfitri.

Sehingga kini, terdapat 6 kes dalam kluster ini iaitu 3 kes merupakan penghuni pangsapuri tersebut dan 3 kes lain di luar kawasan pangsapuri.”

Setakat ini, seramai 120 orang telah dikenalpasti dan disaring dalam siasatan kontak rapat 6 kes ini. 76 kes negatif dan seramai 38 orang masih menunggu keputusan.

 

Baca: KKM: Jangan Curi-curi Balik Kampung, 18 Daripada 49 Kluster Di M’sia Berpunca Dari Aktiviti Rentas Negeri

Screenshot 2020 06 02 At 5.35.38 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.