in

Lebih 16K Remaja Hamil Luar Nikah – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

luar nikah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Membimbangkan — itulah gambaran sebenar mengenai situasi remaja hamil luar nikah di Malaysia hari ini.

Menurut data yang dikongsikan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, seramai 16,951 remaja perempuan berusia 19 tahun ke bawah direkodkan hamil tanpa ikatan perkahwinan.


Jumlah tersebut merupakan data yang telah direkodkan di fasiliti kerajaan KKM untuk tempoh tahun 2020 sehinggga 2024, lapor Sinar Harian.

1 1
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Lelaki Perancis Jual Slot Iklan Pada Sut Perkahwinan, Berjaya Raih RM11K

Artikel berkaitan: Uqasha Persoal Status Pernikahan Kerana Tarikh Di Sijil Nikah Berbeza Dengan Akad

Jumlah remaja hamil luar nikah seramai lebih 16,000 itu merupakan sebahagian daripada jumlah keseluruhan lebih 41,000 remaja hamil 19 tahun ke bawah, sama ada yang tidak berkahwin dan telah berkahwin.

Lebih mengejutkan lagi apabila jumlah keseluruhan itu dipecahkan mengikut peratusan kaum di mana sekitar 50 peratus daripada jumlah remaja hamil luar nikah itu adalah Melayu.

2
Gambar Sekadar Hiasan

Manakala kaum Iban 11 peratus, Cina (lima peratus), Orang Asli Semenanjung (sembilan peratus), India (tiga peratus) dan selebihnya etnik-etnik lain.

Difahamkan, dalam usaha untuk membendung isu kehamilan remaja luar nikah ini, pihak kementerian berkaitan menjalankan bermacam langkah seperti kaunseling, sokongan komuniti dan pemerkasaan pendidikan kesihatan reproduktif.

Selain itu, kementerian turut memperkasakan keupayaan perancangan keluarga menerusi usaha memperkukuhkan peranan ibu bapa dan remaja.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.