Ahli perniagaan sensasi Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red baru-baru ini memberitahu dia sudah pun melantik peguam dalam membantunya untuk melangsaikan hutangnya yang mencecah RM7 juta.
Menerusi mStar, Datuk Red yang juga suami kepada penyanyi terkenal Adira Suhaimi itu berkata dia akan berusaha untuk menyelesaikan isu hutang tersebut dalam masa 5 tahun.
Artikel berkaitan: “Kalau takde jodoh” – Kata-kata Adira Ketika ‘Live’ Dengan Datuk Red Buat Ramai Sedih
Artikel berkaitan: Ibu Neelofa Raih ‘Sales’ RM100K Lepas Live Dengan Datuk Red
“Hampir RM7 juta dan lebih 100 orang saya berhutang, tapi saya tak mampu nak bayar sepenuhnya secara terus sekarang tapi ada cara dan prosedurnya untuk mereka menuntut hutang daripada saya.
Ianya dengan menghubungi peguam kemudian kita ikut cara yang sepatutnya supaya ada ketelusan dalam membayar hutang itu.
Saya tak suka salahkan orang, saya salahkan diri sendiri. Jadi, saya jangkakan hutang saya mungkin akan langsai dalam tempoh 5 tahun,” katanya.
Dalam pada itu, Datuk Red berharap individu yang terlibat dalam isu hutang itu untuk memberikan ruang serta waktu kepadanya sebelum wang tersebut dikembalikan.
Sebagai info, Datuk Red sebelum ini mengisytiharkan dirinya muflis serta sudah 5 tahun tidak bekerja selain berkongsi Adira merupakan individu yang menanggung kehidupan keluarganya.
Sumber: mStar