in

Lazada Jual Sampin RM18,000. Pecah Perut Baca Komen Netizen!

Kain

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kain songket memang cantik dan tak dinafikan agak mahal kerana kualitinya yang tinggi dan kaedah pembuatan yang rumit. Jadi tak hairan lah bila kain warisan Melayu ini boleh mencecah harga ratusan ringgit.


Pun begitu, beberapa hari yang lalu seorang pengguna Twitter berkongsi kisah dia terjumpa kain songket di Lazada dijual dengan harga yang agak keterlaluan. Kain songket untuk dijadikan sampin lelaki itu dijual pada harga RM18,000. Amboi, kalis api ke apa?

1
sumber: twitter

Disebabkan harganya yang boleh dikatakan tak masuk akal, penjualan kain songket tenunan benang berwarna perak itu dijadikan bahan lawak oleh orang ramai. Pecah perut baca komen!

Rata-rata memerli harga kain songket tersebut yang ‘sangat murah’ dan kualiti produk yang sangat mengagumkan. Ada juga yang bergurau kononnya mereka berjaya membeli kain sampin tersebut setelah 30 tahun menabung.

3
sumber: twitter

Ada juga yang berseloroh dan kata muka mereka terus jadi mirip Zul Ariffin lepas pakai sampin mahal tu. Paling mengagumkan apabila kain songket tersebut katanya membolehkan si pemakai membuang air secara teleport. Macam-macam lah korang!

4
sumber: twitter

Bukan sahaja kualitinya begitu memuaskan dan harganya sangat ‘berpatutan’, ada jugak yang cakap kain sampin buatan tangan dari Terengganu ni tahan cuaca panas terik dan selesa dipakai kalau nak mandi di kolam renang.

2
sumber: twitter

Kalau lihat di Lazada, rupanya ada lagi kain songket untuk dijadikan sampin yang dijual dari penjual yang sama. Harganya pun sama, cuma warna dan corak kainnya sedikit berbeza. Pun begitu, tiada lagi pelanggan yang meninggalkan feedback mereka di ruangan komen kain songket yang ni.

Whatsapp Image 2018 06 01 At 13.08.47
sumber: lazada
Whatsapp Image 2018 06 01 At 13.23.511
sumber: lazada

Ni kalis air, kalis ribut, kalis api neraka semua ke apa?

Baca: Netizen Mengamuk Ramai Jual Semula Tiket Perlawanan Akhir Bola Sepak RM150 Sekeping

Mkm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.