in

“Lapar sangat tu agaknya” – [Video] Lelaki Mengamuk di Restoran Makanan Segera Gara-gara Salah Pesanan Burger

Burger King

Baru-baru ini, tular di media sosial sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki tiba-tiba naik angin dengan memaki hamun staf di sebuah restoran makanan segera.

Tak cukup dengan itu, menerusi video tersebut juga dapat dilihat lelaki berkenaan telah bertindak ganas dengan memecahkan mesin juruwang di kaunter premis terbabit. Uish apa hal ni? 

Pelanggan mengamuk dan merosakkan mesin juruwang kerana berang dapat pesanan burger yang salah. Kejadian di salah sebuah premis Burger King di Ampang, kelmarin.

Posted by Malaysian Crime Watch – MyWatch on Thursday, May 20, 2021

 

Menurut Harian Metro, kejadian yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) itu berlaku di sebuah pasar raya dekat Ampang, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak polis telah menerima laporan kejadian terbabit daripada pengurus restoran sekitar jam 4.30 petang.

Menurutnya, kejadian itu berlaku sekitar jam 12.15 tengah hari apabila seorang pelanggan lelaki telah datang ke kaunter dan membuat pesanan makanan.

Lelaki itu memarahi pekerja yang sedang bertugas kerana silap menerima pesanan.

“Polis juga sudah merakam keterangan pengadu dan melawat lokasi kejadian,” katanya.

Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kerugian dan kecederaan yang dialami pengadu. Malah pengadu juga tidak berhasrat untuk meneruskan kes berkenaan.

 

“Di Palestin makan pun tak dapat, tetapi kamu ini, salah order dah mengamuk” 

Rata-rata netizen yang melihat video berkenaan mengecam tindakan lelaki tersebut yang dianggap kurang bersabar dan dengan sewenang-wenangnya menghamburkan kata makian kepada staf yang bekerja.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat kemungkinan besar servis di premis berkenaan agak perlahan hingga menyebabkan lelaki tersebut naik angin.

Macam Macam

Baca: “Guna alasan anak pindah sekolah” – Kantoi Rentas Negeri Tanpa Surat, Suami Isteri ‘Naik Angin’ Maki Hamun Polis

Featured 1

Sumber: Facebook