in

Lapan Hari Tanggung Sakit Ketika Buang Air Kecil, Rupanya Dijangkiti Gonorrhea

Untitled Collage 57

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Penyakit kelamin adalah penyakit yang menjangkiti manusia menerusi aktiviti hubungan seks oral atau hubungan kelamin.


Jika mengikut angka yang diperoleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, seperti yang dipetik melalui CodeBlue menyatakan — lebih daripada satu juta kes baru empat jenis penyakit jangkitan seksual dikesan setiap hari.

Dan empat jenis penyakit tersebut adalah klamidia, gonorrhea, trikomoniasis dan sifilis.

Baru-baru ini, seorang pakar perubatan ada berkongsi kisahnya bertemu dengan seorang pesakit yang disahkan positif dijangkiti gonorrhea.

Semuanya bermula, apabila pesakit tersebut datang dan mengadu mengenai masalah yang dihadapinya setiap kali membuang air kecil.

Std1

Std2

Pesakit tersebut memaklumkan, kesemua simptom tersebut telah dialaminya selama 8 hari.

Ketika ditanya, pesakit tersebut turut menafikan pernah melakukan sebarang hubungan seksual atau mengambil sebarang ubat-ubatan tradisional.

Pesakit juga mendakwa dia tidak mengalami sebarang kegatalan, dan tidak pernah mempunyai sebarang sejarah alahan terhadap makanan mahupun ubat-ubatan sebelum ini.

Namun, doktor tersebut cuba untuk mendapatkan jawapan sebenar daripada pesakit tersebut — agar penyakit sebenar yang dihidapinya dapat didiagnosis dengan tepat.

Std3

Std4

Selepas ditanya, barulah pesakit berkenaan mengakui pernah melakukan hubungan kelamin dua minggu sebelum itu bersama teman wanitanya.

Tapi jawapan yang diberi agak mengejutkan.

Std5

Std6

Dan rupanya, pesakit tersebut dijangkiti gonorrhea — iaitu jangkitan kelamin yang disebabkan oleh bakteria Neisseria gonorrhoea.

Bakteria itu boleh berjangkit dari seorang individu ke individu lain melalui hubungan seks vagina, dubur atau oral — dan gejala ini akan timbul 2 hingga 7 hari selepas terdedah kepada jangkitan.

Std7

Sebenarnya, gonorrhea adalah lebih bahaya sekiranya tidak dirawat kerana ia boleh menyebabkan Penyakit Radangan Pelvik bagi remaja perempuan.

Dan bagi remaja lelaki pula, ia boleh merebak ke epididimis dan menyebabkan kemaluan menjadi sakit dan bengkak.

Lebih membahayakan, gonorrhea boleh meningkatkan risiko jangkitan HIV.

Penyakit ini juga lebih kerap merebak dalam kalangan orang muda disebabkan tabiat mereka yang gemar menjalin hubungan seksual dengan lebih daripada satu pasangan.

So, cara yang paling baik untuk mengelak daripada terkena jangkitan ini adalah dengan mengamalkan seks selamat.

 

Baca: Suami Disangka Alim Rupa-rupanya Gay, Lapar Hubungan Kelamin Sejenis

Capture 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.