Beijing mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya bandar yang menjadi tuan rumah kepada kedua-dua edisi Sukan Olimpik Musim Sejuk yang sedang berlangsung sehingga 20 Februari nanti dan terdahulu, Sukan Olimpik Musim panas.
Selain itu, ini merupakan kali pertama temasya musim sejuk berkenaan diadakan di Beijing, China yang difahamkan negara berkenaan telah melaburkan hampir 4 billion USD. Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 akan mempertandingkan 109 acara menerusi 7 bidang sukan.
Isnin lalu, sebuah lokasi atau tempat pertandingan, Big Air Shougang telah menjadi bualan ramai dek kerana persekitarannya yang dikelilingi kawasan perindustrian selain langsung tidak mempunyai salji.
Terletak di bahagian barat Beijing, kawasan pertandingan tersebut hanya mempunyai sebuah tanjakan ski gergasi yang dibina ditengah-tengah kawasan perindustrian yang telah ditukarkan statusnya.
Perkara tersebut menjadi perhatian ramai apabila kawasan perindustrian tersebut ‘membuka tirai’ menjadi lokasi pertandingan hari pertama untuk acara ‘Big Air’ lelaki dan wanita baru-baru ini dengan sesetengah penonton yang dah terbiasa dengan pemandangan gunung bersalji yang sinonim dengan acara sukan musim sejuk berkenaan.
Selain itu, ada juga sempat bergurau tentang pemandangan binaan dibahagian belakang tanjakan gergasi tersebut seakan-akan sebuah loji kuasa nuklear dan ada juga yang menyamakannya dengan salah satu babak dalam kartun the Simpsons.
The Big Air stadium at the Olympics seems to be right next to the Springfield Nuclear Power Plant. pic.twitter.com/5CbedtGu3h
— John Lovett (@jlove1982) February 7, 2022
Memang rare betul! Jom kita tengok lagi gambar-gambar yang dikongsikan di internet pasal lokasi menarik ni.
Big Air merupakan salah satu acara yang baru diperkenalkan di Sukan Olimpik Pyeongchang empat tahun lalu dan menjadi kegemaran para atlet dan juga pihak penaja kerana tanjakan boleh dibina dimana-mana kawasan yang bersesuaian dan bukan hanya ‘terikat’ dengan kawasan pergunungan bersalji.
Baca : Orang Ramai ‘Cair’ Tengok Ketampanan Dua Atlet Wakili Malaysia ke Sukan Olimpik Ini