in

“Langsung tak sama dgn kehidupan saya” – Lelaki Ini Nafi Dakwaan Dirinya Dalam Kisah Ustaz Facebook Viral

Ft Suami Ustaz Facebook E1632128666335

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai pendedahan daripada seorang wanita terhadap tingkah laku suaminya.


Wanita yang dikatakan bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah menengah itu mendedahkan bahawa dia selalu ‘dipergunakan’ suaminya.

 

Paksa isteri menulis tentang keagamaan di status Facebook, buat macam diri sendiri yang tulis.

Identiti wanita itu tidak dapat dikenal pasti memandangkan dia membuat luahan tersebut menerusi satu laman Facebook confessions dimana identiti pengadu akan disulitkan.

Luahnya, suaminya itu sebelum ini bekerja sebagai seorang ustaz KAFA sebelum berhenti kerja untuk berniaga, bagaimanapun perniagaan mereka tidak memberangsangkan dan terpaksa gulung tikar, kini suaminya itu tidak bekerja.

Katanya, suaminya itu mengaku dirinya sebagai Ustaz dan katanya cukup dikenali di Facebook, dia menggelarkan suaminya itu Ustaz ASY.Suami Ustaz Facebook

“Aku bukan nak meluah perasaan tentang suami Biawak Hidup. Aku cuma nak ceritakan yang aku sedih penulisan aku diplagiat suami sendiri.”

Wanita ini memberikan hint bahawa suaminya itu cukup dikenali kerana jumlah ‘rakan’ di profil sudah mencecah 5,000 orang dan ribuan pengikut. Dia mengatakan bawa isterinya ‘mempergunakan’ hasilnya

“Modal suami aku adalah kononnya dia penulis Kitab Tafsir Sekian Sekian itu sebenarnya penulisan aku.”

Suami Ustaz Facebook 2

Tambahnya memandangkan suaminya itu tidak bekerja, suaminya itu 24 jam bersama handphone dan seringkali memaksa dirinya menulis cerita-cerita keagamaan untuk status facebooknya.

“Sanggup oder Food Panda tapi guna duit aku, agar aku siapkan penulisan berkaitan isu-isu semasa yang suami aku mahu sentuh di facebooknya.”

Perkara ini mula dirasai olehnya semenjak wabak Covid19 melanda yang memerlukan dirinya untuk mengajar dari rumah.

 

Langsung tak sama dgn kehidupan saya – Ahmad Saifuddin Yusof

Bagaimanapun perkongsian asal di Facebook tersebut telah dipadamkan dan memandangkan diri seorang individu ini merupakan ketua projek Tafsir Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Facebook, ramai netizen anggarkan bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah dirinya kerana mempunyai akronim nama yang sama.

Disebabkan itu, individu yang dikenali sebagai Ahmad Saiffudin Yusof tampil menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa individu yang dimaksudkan itu adalah dirinya bahkan segala perkara yang dikongsikan itu langsung tiada kaitan dengan kehidupannya.

“Berdasarkan cerita yang ditulis itu langsung tidak sama dengan kehidupan saya. Dan isteri saya bukan berjawatan demikian juga dan tidak akan menulis hal sebegini.”

“Ditulis lelaki itu merokok dan saya bukan seorang perokok.
Maka saya MENAFIKAN sekeras-kerasnya bahawa lelaki yang dimaksudkan di dalam tulisan ini adalah diri saya.”

PENAFIANAda orang mensyaki lelaki yang dimaksudkan ialah diri saya memandangkan akronim nama ASY sama dengan nama saya…

Posted by Ahmad Saifuddin Yusof on Wednesday, September 15, 2021

Dalam pada itu, ramai yang ada memberikan beberapa nama orang yang melakukan perkara lebih kurang sama di Facebook dengan akronim yang sama.

 

Baca : [VIDEO] Ustazah Tiba-Tiba ‘Keras’ Masa Berdoa Waktu ‘Live’ Di IG,Netizen Terhibur Tengok Wanita Ini Melatah

Ft Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.