in

[VIDEO] Ustazah Tiba-Tiba ‘Keras’ Masa Berdoa Waktu ‘Live’ Di IG,Netizen Terhibur Tengok Wanita Ini Melatah

Ft Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sungguh pun kita tahu bahawa penyakit latah ini sangat bahaya dan meletihkan, tapi tipulah kalau kita tak terhibur apabila melihat reaksi spontan mereka.


Jika diperhatikan, ramai orang akan membuat satu sesi ceramah, belajar, perkongsian, dakwah atau sebarang ‘perjumpaan’ menerusi IG Live, tetapi satu sesi IG Live dari Zahiril Adzim, Shera Ayob, Ustazah Asni Mansor bersama seorang wanita jadi tumpuan netizen.

 

Tengah khusyuk doa sekali ustazah keras, part melatah tu yang berdekah

Ia mencuit hati netizen sehingga video live  tersebut mula tular di platform media sosial yang lain seperti TikTok dan Twitter  sejak malam tadi.

Di Twitter, video ini meraih lebih daripada 2,100 jumlah retweets dalam masa 18 jam ia di muat naik. Video berdurasi 2 minit 20 saat itu memperlihatkan Ustazah Asni Mansor sedang membaca doa, diiringi dengan  Zahiril Adzim bersama isterinya dan seorang lagi wanita aminkan doa tersebut.

Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 9

Tapi sama seperti kita selalu hadapi, ada kalanya rangkaian tidak berapa elok dan membuatkan sesi tersekat dan boleh terputus, dan itu terjadi kepada ustazah ini, ketika mereka sedang khusyuk berdoa, tiba-tiba si ‘ketua’ yang baca doa ini  ‘keras’ dan ‘terputus’.

https://twitter.com/iamajayrahman/status/1430081644451430404?s=21

 

Aku dari tadi dok gelak – Netizen

Apa yang membuat netizen tak tahan nak tergelak adalah, melihat wanita itu melatah, malah kalau dilihat reaksi Zahiril dan Shera juga, mereka memang tak boleh nak tahan gelak.

Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 7 Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 6 Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 4 Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 3 Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah 2 Ustazah Keras Masa Berdoa Wanita Melatah

Difahamkan ia bukanlah pertama kali wanita itu melatah, dikatakan ustazah Asni Mansor sendiri suka menyakat wanita tersebut dalam sesi live sebelum-sebelum ini.

 

Baca : 8 Ustaz Anda Boleh Follow Untuk Menjawab Kemusykilan Mengenai Agama

Ustaz 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.