in

“Lama sangat tenung tu”- Gelagat Seorang Lelaki Cari Selipar Sebelah Hilang, Siap Try Takut Tertukar Lain

Untitled Project 2024 01 06T140642.383

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa pernah mengalami masalah kehilangan atau selipar dicuri selepas selesai solat berjemaah di masjid?

Pakai selipar jamban pun boleh dikebas, inikan pula selipar berjenama.


Ada pula yang sanggup menyorokkan atau memutuskan tali selipar agar selipar mereka tidak dapat dicuri oleh orang lain.

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial dimana seorang lelaki kelihatan mencari sebelah lagi seliparnya yang tidak dapat ditemui selepas selesai mengerjakan solat.

Video tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai danielOiman.

@daniel0iman

masalah besar dalam majlis ilmu agama, takpe sabar tau pakcik 🥲.

♬ Ini Parah Ni – A Kiil Mustafa

Gelagat lelaki itu menarik perhatian netizen apabila dia dilihat terlalu lama mencari sehingga memasukkan tangan ke dalam poket seluar.

Artikel berkaitan: “Selipar ni kalis api neraka ke?” – Lelaki Ini Diupah RM20 Untuk Jaga Selipar, Tapi Terkejut Bila ‘Google’ Harga Sebenar

Artikel berkaitan:“Nampak sama tapi tak serupa” – Bata Lancar Selipar ‘Wallet Friendly’, Netizen Tertanya Ada Sindir Sesiapa Ke?

Dia dilihat terlalu fokus mencari dikawasan penuh dengan selipar jemaah lain dan akhirnya menemui seliparnya.

Apabila sudah ditemui, lelaki itu masih tidak berpuas hati adakah selipar itu miliknya dengan memastikan corak dan memakai selipar itu di kakinya.

Rata-rata netizen turut memberi komen terhibur dengan gelagat pakcik itu.

Whatsapp Image 2024 01 06 At 13.44.52

Whatsapp Image 2024 01 06 At 13.44.53

Agak-agak berapa lama pakcik tu cari selipar?

Sumber: TikTok @daniel0iman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.