in

“Nampak sama tapi tak serupa” – Bata Lancar Selipar ‘Wallet Friendly’, Netizen Tertanya Ada Sindir Sesiapa Ke?

Fi Bata

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada 5 April yang lalu, usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa telah melancarkan sandal ‘The Noor’ iaitu aplikasi muslim miliknya hasil kolaborasi bersama jenama kasut Fipper.


Namun, produknya itu telah menjadi buah mulut seluruh warganet. Ekoran dakwaan selipar itu yang dikatakan ‘muslim friendly’.

 

Bata 1

 

“Wallet friendly”

Baru selesai isu tersebut, semalam, Bata Malaysia pula telah mengumumkan di akaun Instagram tentang produk selipar mereka yang selesa dengan menggunakan kapsyen ‘wallet friendly’. Emm macam familiar je

Perkara ini telah tular di media sosial dan sehingga kini memperoleh lebih dari 3k likes di Instagram.

Selain itu, kapsyen tersebut telah menguatkan khabar angin yang menyifatkan Bata menyindir produk Neelofa. Alaa tak kot, korang ni…

 

“Sangat friendly”

Produk tersebut dijual dengan tanda harga RM 39.99.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan bahawa produk Bata sangat berbaloi dan mempunyai harga mampu milik. Serta ada juga menyifatkan Bata ni pandai mengikut arus semasa.

Reak Bata 1 Edit

Reak Bata 2 Edit

Reak Bata 3 Edit

So apa komen korang, nak beli tak?

 

Baca : Ada jaminan tak hilang masa solat jumaat tak?; Neelofa Lancar Selipar Muslim Friendly, Terima Pelbagai Komen Netizen

Foot Bata

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.