in

“Lama dah beli” – [VIDEO] Gadis Viral ‘Mengidam’ Lamborghini, Akhirnya Suami Tunaikan Janji

Fi Dapat Lamborghini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi seseorang wanita yang sedang mengandung, kadang-kadang itu mesti akan ada benda yang mereka ‘mengidam’. Apa yang diidamkan tu baik daripada makanan, sampailah ada sesetengah kes itu mahukan benda yang susah ditemui mahupun mahal.


Pada awal bulan lalu, seorang wanita dikenali sebagai Ayuni telah viral apabila dia dikatakan ‘mengidam’ kereta mewah.

 

Mengidam Lamborghini 

Sesiapa yang mengikuti kisah ini, mesti tahu dengan cerita bahawa usahawan muda yang sedang mengandung ini mahukan kereta mewah Lamborghini dengan alasan bahawa baby dalam kandungannya yang mengidam.

Dalam video yang tular sebelum ini, Ayuni bersama suaminya telah pergi ke sebuah pusat pameran kereta mewah untuk melihat kereta yang diidamkan itu. Dia juga telah merayu kepada suaminya dengan seolah mengatakan bahawa nilai RM 3 juta untuk kereta tersebut masih mampu diperolehi mereka.

@ayunieso24

Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli ?? yuni mengidam sangat ??? #fyp

♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

Tak nak isteri kesayangan kecewa, suami yang bernama Ahmad Weldan itu meletakkan syarat supaya video mereka itu mendapat 100k likes baru dia belikan kereta itu untuk isterinya.

 

Suami Yuni penipu!

Selepas beberapa hari, video berkenaan telah mencapai target yang ditetapkan oleh suami Ayuni. Namun wanita berusia 19 tahun itu kata suaminya mungkir janji yang dah dibuat.

Oleh sebab itu, Ayuni jadi merajuk dengan suaminya sampai siap kata bahawa lelaki tersebut penipu.

@ayunieso24

suami yuni penipu ?? taknak kawan diaaa !!!

♬ Beta Janji Beta Jaga – KangMarlo ??

 

“Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga”

Akhirnya! Setelah hampir sebulan, si suami berjaya untuk menghadiahkan kereta ‘idaman’ isterinya itu.

Menerusi sebuah posting yang dimuat naik, menunjukkan Weldan nak buat surprise untuk isteri tercintanya itu. Dalam video tersebut, dia memanggil Ayuni untuk keluar rumah namun kedengaran seperti dia tak mahu ikut permintaan suaminya itu.

Dapat Lamborghini 1

Lepas beberapa ketika, wanita itu ikutkan saja dan si suami buat-buatlah macam sedang bincangkan hal lain. Tapi Ayuni tiba-tiba tersenyum selepas dia terlihat kereta Lamborghini berwarna kuning yang dimahukan itu ada diluar rumah mereka. Siap ada riben besar lagi tu.

Perkara itu nyata membuatkan Ayuni teruja dan dia terus memeluk suaminya serta meloncat gembira. Rupanya, suami gadis berkenaan memberitahu bahawa dia dah beli kereta itu lepas mereka pergi ke pusat pameran kereta tersebut.

“Lama dah beli, masa kita gi tengok baru-baru ni,

“Beli dah dengan tuan kedai.” kata suaminya

Apa yang menarik perhatian, Ayuni siap pegang perutnya sambil berkata pada bayi dalam kandungannya itu bahawa dia dah dapat apa yang dimahukannya itu.

@ayunieso24

eeee suami yuni ni Sampai hati ! Alhamdulillah rezeki 6 bulan berniaga ??

♬ original sound – ayunieso

Posting video berkenaan telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini ia telah meraih lebih dari 1 juta views di TikTok.

Akhirnya dapat juga kereta diidam pada usia muda ye. Min doakan sesiapa yang berniaga tu ada rezeki untuk dapat apa yang diidamkan. Goodluck!

 

Baca : “Baby yang nakk” –  [VIDEO] Isteri Mengidam Benda Pelik, ‘Minta’ Lamborghini RM 3 Juta Dekat Suami

Foot Dapat Lamborghini

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.