in

“Baby yang nakk” – [VIDEO] Isteri Mengidam Benda Pelik, ‘Minta’ Lamborghini RM 3 Juta Dekat Suami

Fi Mengidam Lamborghini

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi kaum wanita yang sedang hamil, mereka mesti akan melalui satu fasa di mana akan selalu terasa mengidam. Bukan sahaja pada makanan, malah ada sesetengah itu juga mula mengidam kepada sesuatu benda dan akan meminta dari si suami sampailah dapat benda tersebut.


Perkara tersebut seakan sama dilalui oleh seorang wanita ini, apabila perkara yang diidamkan itu bukanlah satu ‘benda’ yang biasa-biasa.

 

Mengidam kereta Lamborghini

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh @ayunieso24, wanita yang dikenali sebagai Anes Ayuni ini boleh dikatakan mempunyai benda unik diidamkan buat masa kini.

Dalam posting yang dikongsikan, dia meminta kepada suaminya untuk membelikan sebuah kereta mewah jenis Lamborghini di mana harganya mencecah RM 3 juta. Bukan itu saja, dia turut menyatakan bahawa anak dalam kandungannya yang ‘inginkan’ kereta mewah tersebut.

Mengidam Lamborgini 1

Melalui video tersebut , wanita yang mesra disapa Yunie itu dilihat bersama suaminya berada di sebuah pusat jualan kereta untuk melihat sendiri kereta idamannya itu sendiri.

Selepas dilihat, kereta Lamborghini berwarna kuning yang telah menambat hati wanita berusia 18 tahun itu hingga dia kelihatan teruja dan terus meminta kepada suami membelikan untuknya. Selain itu juga, Yunie turut menyebut bahawa harga kereta tersebut hanyalah RM 3 juta sahaja.

“Nak please, tengok ni. Boleh la, RM3 juta je. B, baby yang nak sampai hati, lambat lagi tahun depan.” kata Yunie dalam nada merajuk.

 

Boleh.. Tapi bersyarat

Pujukan Yunie nyata tak terhenti disitu, malah bersambung sehingga mereka dalam perjalanan pulang. Dia yang masih tak berputus asa terus memujuk suaminya. Akhirnya, si suami bersetuju tapi mengenakan syarat untuk mencapai 100k likes di TikTok.

Gelagat mereka ini telah mendapat perhatian ramai, dan sehingga kini video tersebut telah meraih lebih dari 1.8 juta views.

@ayunieso24

Please uolss tlg yuni , dia cabar yuni dapat 100k like baru dia nak beli ?? yuni mengidam sangat ??? #fyp

♬ [Animals and dishes] Cute BGM – Sound Owl

 

“Mama aku dulu ngidam buah mangga je”

Menjengah di ruangan komen, nyata aksi wanita tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang dengan nada bergurau, berkongsikan pengalaman mengidam ibunya dahulu. Selain itu juga, ramai terkejut bila benda ‘diidam’ Yunie itu bukanlah satu benda yang senang didengari.

Reak Mengidam Lamborhini 2 Edit Reak Mengidam Lamborghini 3 Edit Reak Mengidam Lamborgini 1 Edit

Lain macam betul wanita mengidam ya. Para suami di luar sana, bolehlah bawa berbincang elok-elok kalau si isteri dah mula mengidam tu.

 

Baca : “Sampai berbekas, ada kesan gigi” – [VIDEO] Suami Perit Tahan Sakit, Isteri Hamil 7 Bulan Mengidam Gigit Jari

Foot Mengidam Lamborghini

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok
Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.