Ibu kepada lima orang anak didakwa di Mahkamah Sesyen Klang hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya pada November lalu.
Bagaimanapun, wanita berusia 33 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.
Tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya yang ketika itu berusia 14 dan 12 tahun di sebuah unit di pangsapuri di Alam Perdana, Puncak Alam kira-kira jam 8 Malam November 2022.
Dakwaan kepada tertuduh mengikut Seksyen 14 (a) dan Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara tidak melebihi lima tahun dan tidak kurang dua sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengarahkan pembuatan video pornografi terhadap anaknya di sebuah hotel di Sungai Buloh antara 17 dan 18 Februari tahun lalu.
Oleh itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017.
Dalam pada itu, mahkamah tidak membenarkan sebarang jaminan dan sebutan semula kes tersebut ditetapkan pada 26 Jun ini.
Terdahulu, seorang wanita direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes amang seksual terhadap anak lelakinya.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata, wanita itu ditahan di kediamannya di Puncak Alam selepas polis menerima laporan daripada pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mendapat maklumat mengenai perbuatan itu menerusi sebuah video yang diperoleh.
Difahamkan, suami suspek berkenaan sedang menjalani hukuman penjara manakala ujian saringan air kencing mendapati wanita itu negatif dadah.
Sumber: Berita Harian, Utusan, Astro Awani
Baca: Kes Gadis Lari Rumah Sebab Jadi Mangsa Rogol, Bapa Tiri Berdepan 32 Pertuduhan