in

“Laki hang yang patut kena tikam” – Bengang Suami Jalin Hubungan Sulit, Wanita Tikam Skandal Suami & Cekik Bayi 3 Minggu Hingga Mati

Kejam

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak akhir-akhir ini, makin banyak pulak jenayah kejam dan tidak berperikemanusiaan berlaku di sekeliling kita.


Terbaru menurut Harian Metro, seorang bayi perempuan berusia 3 minggu telah menjadi mangsa amarah dan dendam seorang wanita apabila dia dicekik sehingga mati tanpa belas kasihan.

 

Tikam ibu dengan pemutar skru, anak pulak dicekik 

Kejadian yang berlaku di sebuah apartmen dekat Batu Caves, Gombak pada 14 November ini bukan saja melibatkan bayi tersebut tetapi ibunya juga dikatakan parah akibat ditikam menggunakan pemutar skru.

gambar hiasan

Menurut laporan, selepas 6 hari bertarung nyawa, bayi itu disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi, 19 November lepas ketika dirawat di Hospital Selayang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.

 

Suami pasang skandal sehingga melahirkan anak, isteri ingin balas dendam

Menurut pihak polis, hasil siasatan mendapati suspek utama iaitu wanita berusia 25 tahun bersama pembantu rumahnya telah menyerang mangsa kerana menjalinkan hubungan dengan suaminya di rumah berkenaan.

Menambahkan lagi marah suspek ialah bila dia mendapat tahu lahirnya seorang bayi perempuan hasil daripada hubungan sulit suaminya dan wanita terbabit. Allahu… 

98E30C7Fbd2B73D0358B5188948812D15C3B2Ce89Dde9
gambar hiasan

“Dalam kejadian ini, wanita berusia 30 tahun parah selepas ditikam menggunakan pemutar skru di belakang kepala, manakala bayinya dicekik.

“Susulan itu, kami menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 19 hingga 27 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian ini pada hari sama (kejadian). 

“Kami turut merampas pemutar skru yang digunakan suspek menikam mangsa di lokasi,” kata polis.

Suspek dan pembantu rumah berkenaan kini direman selama 4 hari bermula 15 hingga 19 November dan reman akan disambung semula 5 hari lagi untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, suami suspek berusia 27 tahun yang juga ahli perniagaan direman selama 7 hari bermula 17 hingga 23 November untuk bantu siasatan.

Difahamkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan namun ditukar kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas bayi tersebut meninggal dunia. Aduhai… 

 

“Allahu… baru 3 minggu jenguk dunia, mana hati perut?” 

Dalam pada tu, rata-rata netizen mengecam tindakan suspek yang tiada belas kasihan terhadap bayi terbabit yang baru lahir ke dunia dan tiada kena mengena langsung dengan apa yang dilakukan ibu bapanya.

Apa Salah
sumber: facebook

Haih kesian dengan nasib yang menimpa bayi tu… 

Baca: “Sakit bersalin tak hilang lagi” – Kain Tersangkut Dekat Rantai, Ibu & Bayi Dalam Pantang Jatuh Terhempas Dari Motosikal

Bayi 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.